Mahathir Sedang Memusnahkan Diri Sendiri

“Melayu mudah lupa?

Atau Mahathir yang sudah lupa?

Demi matlamatnya, dihalalkan segala cara.

Mahathirlah yang sudah lupa.

Tetapi Melayu tidak akan lupa.”

Selama bertahun-tahun ramai orang yang cuba menutup noda-noda hitam yang terjadi di zamannya. Sebut sahaja pengharaman UMNO pada tahin 1987, tragedi Memali, skandal Bank Bumiputera, skandal forex Bank Negara, kronisme yang mengayakan Vincent Tan, Ananda Krishnan, YTL, anak-anaknya Mirzan & Mokhzani, pemecatan Tun Salleh Abbas, kes sodomi DS Anwar Ibrahim dan pelbagai lagi. Harapannya adalah biarlah jasa-jasa baiknya yang dikenang sementara noda dan kesalahannya dimaafkan layaknya manusia biasa yang berdosa.

Namun, ketika beliau sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dimusuhinya selama berpuluh tahun seperti Lim Kit Siang dan orang-orang yang pernah ditahan olehnya di bawah ISA, demi menundukkan Perdana Menteri yang ‘tidak mahu mengikuti kehendaknya’, banyak pihak bertanya-tanya akan ketulusan perjuangannya selama ini.

Jika KLCC, Putrajaya, Litar F1 yang dijadikan dijadikan ukuran kejayaan, ia hanya bahagian kecil dari sejarah. Tetapi jika orang membaca kisah kekacauan politik yang membawa kepada pengharaman UMNO, maka orang akan tahu bahawa kesetiaan Najib Razak (Ketua Pemuda ketika itu) telah menyelamatkannya daripada turun dari kekuasaan.

Abdullah Badawi berjaya disingkirkan dengan begitu sahaja. Tetapi Najib Razak yang sentiasa tenang begitu liat untuk ditundukkan walaupun segala cara telah dipakai. Akhirnya, terpaksa berpelukan dan menjilat kembali musuh-musuhnya demi matlamat peribadi atas dalih perjuangan rakyat.

Kadang kala bukan orang lain yang merosakkan reputasi yang telah dibina, tetapi kerakusan diri sendirilah yang memadamkan tinta emas yang telah dilakarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana