MADEY yang semakin terdesak selepas pelbagai usaha dakyah dan tohmahannya tidak berjaya


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang semakin terdesak selepas pelbagai usaha dakyah dan tohmahannya tidak berjaya, mengajak negara asing untuk mengambil alih pentadbiran negara ini.

Melalui satu kenyataan Dr Mahathir kepada akhbar Australia, The Weekend Australia, beliau meminta negara asing untuk campur tangan dan mengambil alih kerajaan Malaysia dan turut mempersoalkan mengapa kerajaan Australia berdiam diri.

Australia pernah bertegang leher dengan Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir pada 1993 berikutan sikap ego Mahathir ketika itu.

Dr Mahathir menganggap hanya dengan campur tangan daripada kerajaan negara asing seperti Australia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dapat digulingkan.

Dr Mahathir kini menerajui gerakan Anti Najib dengan turut bekerjasama dengan musuh politiknya yang pernah dipandang rendah dan dianggap rasis serta cauvinis,. Lim Kit Siang.

Selain Kit Siang, Mahathir turut menelan prinsipnya sendiri apabila turut bekerjasama dengan pengasas perhimpunan Bersih, S Ambiga dan Maria Chin.

Pada 2012, Dr Mahathir pernah mengingatkan mengenai campur tangan negara asing akan menyebabkan negara kucar kacir dan jika tidak dapat menggulingkan kerajaan, rakyat negara ini akan diberi senjata.

Sementara itu, seorang pembaca, Ahmad Huzaini Salleh, 42, yang turut berkongsi keratan akhbar ini dengan pihak editorial MyNation News turut melahirkan rasa kesal dengan tindak tanduk terdesak bekas Perdana Menteri ini.

“Kenapa sanggup ‘melacurkan’ negara ini hanya kerana nafsu politik dan ego? Bukankah kita mempunyai sistem demokrasi melalui pilihanraya?

“Adakah beliau mahu melihat pakcik makcik di kampung mengangkat senjata yang dibekalkan negara asing sebagaimana berlaku di Timur Tengah walhal negara kita sedang aman dan sentosa ketika ini?” soal Ahmad Huzaini.

Seorang lagi pembaca, Nik Amirul Othman, 37, berkata dia terkejut dengan desakan bekas Perdana Menteri itu dengan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berperang hingga mahu mengajak campur tangan negara asing.

“Moyang kita bersusah payah melepaskan dan memerdekakan Malaysia daripada cengkaman orang putih dan sekarang Mahathir sendiri mahu kembali ke zaman penjajah.

“Beliau sepatutnya berehat meniti hari-hari penghujung hidup dan bukannya menyusahkan orang lain kerana rakyat sudah muak dengan pelbagai tuduhan tidak betulnya seperti isu RM42 bilion yang sudah dibuktikan palsu,” keluhnya.

Seorang penganalisa politik, Kapten (B) Rahmat Omar pula mendesak pihak berkuasa menahan Dr Mahathir dan menyiasatnya mengikut Akta Hasutan 1970.

“Seksyen 4 akta itu sangat jelas mana-mana individu yang melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan atau berkomplot dengan mana-mana orang yang melakukan perbuatan yang cenderung menghasut.

“Selain itu, Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sangat jelas wujudnya perbuatan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen,” katanya.

Sehubungan itu, Rahmat berkata pihak berkuasa tidak boleh mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja kerana peruntukan undang-undang sangat jelas dan tanpa mengira sesiapa pun.

“Jika negara kita tidak mempunyai undang-undang, lebih baik kita tutup semua balai polis, mahkamah malah Ahli Parlimen yang menggubal undang-undang pun kita tak perlukan lagi, jika perbuatan seperti Dr Mahathir ini terus dibiarkan tanpa sebarang tindakan,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana