Isu saman sivil DOJ….lambat laun kita akan tahu kebenaran - PM

Sekalipun terus berdepan dengan pelbagai laporan negatif gara-gara saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) berkaitan IMDB,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetap tenang dan yakin lambat laun kebenaran akan muncul.

Beliau meminta semua pihak tidak terbawa-bawa dengan isu saman berkenaan dan biarkan ia melalui proses pengadilan sewajarnya.

Namun Najib menegaskan individu-individu yang dinamakan dalam saman sivil itu harus ambil tanggongjawab membersihkan nama mereka.

Mereka yang berkenaan juga katanya harus bertanggongjawab atas tindak tanduk mereka.

Antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil itu ialah anak tiri beliau,Riza Aziz dan ahli perniagaan Jho Low.

Perdana Menteri menyentuh tentang isu saman sivil DOJ itu dalam ucapannya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Fardu Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2016 tajaan Yayasan 1MDB di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Putrajaya Isnin.

Seramai 1,100 imam dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) seluruh negara terpilih menunaikan ibadat itu melalui program berkenaan pada tahun ini.

Kata Najib kerajaan memandang serius saman sivil itu.

Menurut beliau kerajaan berpegang dengan prinsip untuk memastikan tiada wang rakyat disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

Serentak dengan itu beliau mengulangi jaminan kerajaan akan beri kerjasama penuh pada sebarang siasatan mengenai hal berkenaan.

“Kita harap lambat laun kita akan tahu kebenaran,”katanya.

Beliau juga menyentuh mengena pelbagai celaan terhadap 1MBD.

Sebaliknya,Perdana Menteri mengingatkan mereka yang buat dakwaan itu terlupa pelbagai program sosial dilaksanakan syarikat itu untuk manfaat rakyat, termasuk Program Khas Haji.

"Usaha untuk terus memantapkan 1MDB akan kita laksanakan dan saya yakin dalam masa terdekat, kedudukan 1MDB akan lebih mantap dan kukuh , " katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana