INI CERITA MENGENAI SEJARAH HITAM MAHATHIR, SIAPA BOLEH LUPA?

Jika ditanya orang gila, apakah dia gila? Jawapan yang akan diberi sudah tentu tidak lain tidak bukan kamulah yang gila.
Jika ditanya kepada orang yang berak diatas jalan sudah pasti tidak ada pengakuan dibuat, begitulah juga mantan perdana menteri Malaysia yang kini bukan main lagi menghentam perdana menteri Datuk Seri Najib kerana sesuatu yang dihajati tidak tercapai.

Mengkritik Najib sesedap mungkin dengan dibantu oleh beberapa kereta kebal buruk,Mahathir terlupa semasa beliau masih sebagai perdana menteri banyak sejarah hitam berlaku antaranya peristiwa Memali dan juga kematian seorang juruaudit yang ada kaitan dengan isu skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) Jalil Ibrahim yang dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Dikala itu tidak pula mantan sebelum beliau membangkitkan soalan siapa arah bunuh bahkan lenyap begitu sahaja kisah tersebut.

Manakala bekas pengerusi BMF Lorrain Esma Osman dari Pulau Pinang yang meninggal dunia dalam buangan di Landon pula dikatakan sehingga masuk kubur membawa rahsia Mahathir.

Berlakunya peristiwa berdarah Memali juga menjadikan anak beranak Ibrahim Libya dan keturunanya juga keturunan pengikutnya sehingga hari ini membenci Barisan Nasional terutamanya Umno. Yang menjadi kambing hitam adalah Musa Hitam kononnya Tun tiada dalam negara. Fakta ini didedahkan oleh Musa Hitam sendiri dan tak berjawab oleh Tun Mahathir diwaktu itu beliau berada dalam negara. Inilah tindakan licik Tun Mahathir, segala masalah dibiarkan orang lain memikulnya dan beliau kekal sebagai orang yang bersih.

Musa Hitam mendedahkan,semasa berlaku peristiwa berdarah di Memali bahawa Mahathir berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.

Jika Mahathir dan kuncu-kuncunya mahu Najib jawab masalah berkaitan 1MDB, Mahathir juga perlu jawab beberapa permasalahan yang timbul mengenai kematian Jalil Ibrahim, Juruaudit yang menyiasat skandal BMF. Arwah ditembak mati dan dalam poket beliau mengandungi duit siling Malaysia manakala dokumen lain tidak dijumpai.
Tun Musa telah bangkitkan sebelum ini bahawa Tun Mahatir membiarkan beliau dengan beban memikul segala kesalahan tersebut. Tun Mahatir juga perlu akui bahawa hubungan amat rapat beliau dengan Abdullah Ang yang mengetuai MOIC. Banduan ini mendapat layanan istimewa dan bebas keluar masuk walaupun sedang menjalani hukuman penjara akibat pecah amanah. Kenapa beliau diamkan tingkahlaku ini biarpun didedahkan oleh Zainuddin Maidin. .

Ramai lagi yang tidak nyanyuk ingat kepada UMBC yang ada kaitan dengan skandal BMF yang mana Mahathir tahu sejarah ini, Lorrain Esme Osman pula membuat pengakuan bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian dan pada masa itu seluruh dunia tahu siapa perdana menteri Malaysia.

RM 2.5billion pada waktu itu jumlahnya amat besar bagaimana boleh diambil dengan begitu mudah tanpa pengetahuan pemimpin yang dinobat sebagai seorang yang bijak dan pintar malah tidak pernah mengaku nyanyuk.

Semasa skandal 2.5 billion sedang hangat dibual oleh rakyat Malaysia, rata-rata mengatakan mustahil boleh berlaku tanpa pengelibatan pemimpin tinggi negara, cuma tiada bukti untuk dituju kepada sesiapa disebabkan pada waktu itu beliau mengawal media dengan ketat.
Rakyat takut berkata-kata dan membuat tuduhan secara terbuka. Operasi Lalang dan berpuluh lagi operasi untuk menutup mulut pengkritik beliau. Hari ini dengan dunia tanpa sempadan dan beliau tanpa rasa bersalah amat mudah menuduh kononnya berlaku penyelewengan dalam urusan 1MDB.

Beliau membuat tuduhan kepada Najib dengan tanpa menunggu laporan Ketua Audit Negara.

Tak cukup dengan itu dikaitkan juga anak tiri Najib bagi mengambarkan peribadi Najib amat buruk dan tidak boleh dipercayai.

Dikala Negara dihormati dan diberi pengiktirafan oleh banyak negara dunia beliau seolah memperkecilkan orang yang beliau sendiri pilih untuk memikul tanggung jawab sebagai Perdana Menteri. Jika Najib begitu teruk maka orang yang memilih mungkin telah nyanyuk atau buta.

Biarpun 1MDB mencatat keuntungan pada 2010 sebanyak 424 juta, 2011 sebanyak 544 juta, 2012 sebanyak 44 juta, 2013 sebanyak 778 juta dan hanya rugi sekali sejak ditubuhkan iaitu pada 2014 sebanyak 665 juta.

Namun keburukan 1MDB juga yang dicari, antara sebabnya kerana Najib perdana menteri yang tidak lagi mahu mengikuti kehendak mereka. Akhir akhir ini banyak perjanjian konsesi zaman Tun Mahathir seperti IPP, Kontrak lebuhraya telah disemak semula dan diambil alih oleh 1MDB. Ianya menyekat laba keuntungan yang merugikan rakyat dan menguntungkan kroni beliau.

Bayangkan jika Mahathir masih perdana menteri sudah pasti kembang hidung para kuncu-kuncunya mempertahankan beliau.

Ramai para pembenci Najib mintak diperjelaskan apa yang berlaku dalam 1MDB, Najib bukan tidak mahu memberi penjelasan dan jawapan,sebaliknya masih menunggu siasatan daripada audit forensik. Biarlah pihak Audit menjalankan tugas mereka tanpa gangguan dan membentangkan laporan mereka kepada Parlimen terlebih dahulu. Najib bukan Mahathir yang akan mengawal segalanya bagi menyelamatkan tengkuk sendiri.

Tengku Razaleigh yang pernah menjadi mangsa Mahatir kini berubah menjadi sahabat untuk mengkritik Najib. Tengku Razaleigh pernah dikaitkan dengan skandal BMF dan dituduh sebagai penyamun ditengah tengah masyarakat, tapi Tengku Razaleigh bersumpah demi Allah beliau tidak terlibat dengan BMF . Bolehkah Mahathir memberi tahu siapa sebenarnya terlibat dalam skandal BMF? yang melibatkan seorang juruaudit dibunuh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana