Guan Eng yakin terus pimpin Pakatan di P Pinang...Bubar Lah Sekarang Kalau Ada Berani?

Nak lari issue yang didakwa sekarang yer...Dakwa tetap didakwa tak boleh nak lari dohhh.Jangan nak alihkan issue lah.

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan terus memimpin Pakatan Harapan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) ini diadakan.

Guan Eng berkata demikian ketika disoal media sama ada beliau akan terus memegang jawatan Ketua Menteri sekiranya keputusan PRN Pulau Pinang berpihak kepada Pakatan Harapan.

Menurutnya, beliau percaya, dengan perkhidmatan yang diberikan kerajaan negeri dibawah pimpinannya, rakyat akan membuat keputusan paling tepat dalam memilih mandat baharu.

"Saya akan terus memimpin Pakatan Harapan sekiranya PRN diadakan. Saya percaya, rakyat akan buat pilihan yang terbaik kerana tiada rakyat yang mahukan kerajaan rasuah sebaliknya kerajaan bersih seperti kerajaan negeri Pakatan Harapan dibawah pimpinan saya.

"Jika kita tidak menang ketika skandal ini sedang hangat diperkatakan, bagaimana kita nak menang dua tahun lagi?

"Saya akui, ia berisiko tetapi saya masih yakin dengan rakyat, malah kita boleh terima (sekiranya kalah), asalkan ia sebuah PRN yang diadakan secara bersih dan adil," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Peringkat Kebangsaan Cadangan Pembinaan Kompleks Pasar Teluk Kumbar, hari ini.

Menurutnya, apa yang perlu diberi perhatian masa ini adalah perkara teknikal dan bukannya isu remeh temeh yang dibangkitkan sesetengah pihak.

"Berhubung beberapa kain rentang (banner) yang membuat andaian kononnya calon Ketua Menteri baharu  akan dilantik selepas PRN nanti, itu semua kita tidak layan.

"Ada banyak banner yang digantung, malah ada dakwaan mengatakan saya calon Perdana Menteri. Kita tidak akan layan tindakan kelakar seperti ini. Apa yang penting, kita akan tumpukan kepada perkara teknikal," katanya.

Terdahulu, rancangan PRN yang akan diadakan lebih awal itu dikatakan tidak direstui sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataannya berkata, parti itu tidak yakin bahawa tuduhan rasuah terhadap Guan Eng boleh dijadikan alasan yang cukup untuk mengadakan PRN di negeri ini.

Jun lalu, Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan salah guna kuasa dalam pengezonan semula tanah di Lot 436 dan 437 daerah Barat Daya kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Beliau turut dituduh mendapatkan balasan dalam bentuk rumah banglo bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn yang dijual kepadanya di bawah harga pasaran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana