Bukan ke dah benkrap FGV ni? Puak harbi dan puak munafikun tu la yg kata..

KUALA LUMPUR 25 Julai – Saham Felda Global Ventures Hol­dings Bhd. (FGV) mencecah paras ter­tingginya dalam tahun ini setelah syarikat itu sekali lagi dilaporkan tidak akan membeli kepentingan syarikat perladangan Indonesia, PT Eagles Plantations (EHP).

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GPCEO) Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad dalam satu temu bual, menyebabkan firma penyelidikan, CIMB Research menaikkan unjuran saham syarikat ladang itu kepada RM2.08 sesaham.

Laporan itu juga mendapat respon positif daripada pelabur mendorong saham FGV setakat tengah hari ini meningkat sehingga hampir lima peratus kepada RM1.87 sesaham dan ditutup pada paras yang sama, sekali gus merupakan kedudukan tertinggi dalam tahun ini dan sejak November 2015.
Menurut Penganalisis CIMB Research, Ivy Ng Lee Fang, langkah FGV untuk tidak meneruskan transaksi pembelian EHP yang mungkin membabitkan perbelanjaan sehingga RM2.8 bilion adalah sesuatu yang positif kerana ia mengurangkan kerisauan pelabur terhadap kedudukan kewangan syarikat itu.

“Saham FGV berada pada kedudukan RM1.86 sesaham sewaktu syarikat itu mengumumkan untuk meninjau potensi pembelian kepentingan EHP. Sejak itu, ia telah menjejaskan sahamnya sehingga merudum serendah RM1.19 sesaham.

“Kini saham syarikat itu semakin pulih. Ditambah dengan berita syarikat itu tidak akan meneruskan pembelian EHP, saham FGV dijangka akan terus pulih,” katanya dalam nota kajiannya di sini hari ini.
FGV disenaraikan di Bursa Malaysia pada Jun 2012 dan merupakan antara tiga tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di dunia pada tahun tersebut. Sahamnya sebelum ini didagangkan lebih RM5 sesaham, namun kini merosot ke bawah paras RM2.00 sesaham disebabkan ketidaktentuan pasaran komoditi dunia selain pelbagai isu yang menghantui syarikat itu.

Zakaria sebelum ini membe­ritahu Utusan Malaysia, peningkatan semula harga saham syarikat itu sebagai kayu pengukur kejayaannya mengetuai FGV sejak dilantik sebagai GPCEO bermula 1 April lalu.

Malah beliau berkata, fokus syarikat kini untuk menangguhkan sebarang penggabungan dan pengambilalihan (M&A) termasuk EHP sekali gus boleh membantu FGV mencatatkan keuntungan yang lebih baik.

Sebaliknya dilaporkan, pembelian EHP akan dilakukan oleh Felda Investment Corp. (FIC) dan dikatakan pengumuman mengenai pembelian itu akan diketahui pada Ogos ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana