BERPIHAK YANG BENAR KENAPA PERLU TAKUT!!!! "KERAJAAN MALAYSIA MENGALU-ALUKAN SIASATAN DOJ" - PUAD

KERAJAAN mengalu-alukan siasatan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan aset yang didakwa ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di negara berkenaan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, laporan yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan hanyalah untuk menyiasat dan menentukan sumber aset yang disita itu.

Justeru, beliau berkata, mana-mana pihak diminta tidak mempolitikkan isu berkenaan kerana ia hanya membabitkan tindakan sivil dan bukannya berkaitan dengan kes jenayah.

Menurutnya, pihak mereka (DOJ) sehingga kini masih belum mengetahui sama ada aset berkenaan mempunyai kaitan dengan 1MDB atau sebaliknya dan semua pihak diminta tidak melakukan tuduhan tanpa bukti yang kukuh

“Pihak DOJ sendiri belum tahu betul atau sebaliknya aset berkenaan sumbernya daripada 1MDB tetapi malangnya ada sesetengah pihak telah melakukan tuduhan melulu terhadap Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan juga 1MDB."

“Jika benar ia dicuri daripada 1MDB, kita berharap ia dipulangkan segera dan pemiliknya adalah Kerajaan Malaysia. Kita gembira dengan tindakan berkenaan jika benar kerana mereka (DOJ) telah membuat kerja kita."

“Kita perlu teliti dengan sidang media DOJ yang jelas menyatakan aset berkenaan disita untuk mencari sumbernya dan bukannya menyatakan yang ada individu atau 1MDB telah bersalah,” katanya.

Mohd Puad berkata, beliau juga berpegang dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Pengarah Kumpulan 1MDB, Arul Kanda.

Katanya, kenyataan yang dilakukan itu menyatakan ia tidak ada kaitan dengan perdana menteri dan dalam masa yang sama turut menyatakan pihak 1MDB tidak mempunyai aset di Amerika Syarikat.

“Saya menyatakan yang keputusan DOJ ini ditunggu-tunggu, selain ianya dialu-alukan dan saya yakin pihak kerajaan sendiri mahukan ianya diselesaikan segera dan dalam masa yang sama keadilan diperoleh."

“Pada saya kes yang membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu diambil perhatian kerana ianya telah tentu bersalah berbanding kes 1MDB di Amerika syarikat,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana