Bekas Supol MB Selangor Jelaskan Kenapa Guan Eng Mahu Adakan PRN

Bekas Pegawai Khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin menjelaskan mengapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada masa ini.

Beliau menerusi status yang dimuat naik menerusi twitternya berkata, Guan Eng yakin bahawa dirinya akan disabitkan kesalahan dalam dua pertuduhan rasuah berhubung pembelian banglo murah di Jalan Pinghorn, Pulau Pinang.

“Bila DAP menang PRN, Guan Eng dilantik semula sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk 5 tahun. Jika bersalah Guan Eng tak akan letak jawatan kerana dalam proses rayuan. Smart Guan Eng!. Jika tiada PRN Guan Eng disabit bersalah maka ikut undang-undang SPR Guan Eng tidak boleh bertanding dalam PRU14  walaupun Guan Eng masih di dalam proses rayuan.

“PRN akan tentukan samada Guan Eng menjadi Ketua Menteri untuk penggal ini sahaja atau untuk penggal akan datang. Maka PRN kena buat tahun ini,”akhiri statusnya.

Terdahulu, tindakan Guan Eng menggesa Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan segera di negeri itu merupakan satu taktik politik, kata penganalisis politik.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Islam Malaysia, Mohd Azmir Mohd Nizah berkata, ia bertujuan menyelamatkan Pulau Pinang daripada jatuh ke tangan musuh politiknya.-SuaraTV

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia