Asalkan Didakwa Di Mahkamah, Semua Tuduh ‘Konspirasi Kerajaan’…Inilah Cara Pembangkang

Seperti yang dijangka, Lim Guan Eng dalam pengakuannya di mahkamah menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah bagi dua pertuduhan membabitkan rasuah di depan hakim. Biasalah. Biasanya mereka yang kentut di dalam lif, tidak akan mengaku mereka kentut!

Dan seperti yang dijangka juga, Guan Eng berdolak dalih dan enggan meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang walaupun khabarnya ramai Adun Pakatan Harapan di negeri itu yang sudah pasang angan-angan untuk mengangkat sumpah!

Bapa Guan Eng ada menulis artikel panjang mengenai skandal dan penahanan anaknya itu. Lim Kit Siang seperti biasa menuduh segalanya adalah angkara konspirasi politik untuk menjahanamkan anaknya masa depan anak kesayangannya itu.

Alasan seperti itu sudah biasa kita dengar apabila mana-mana pemimpin pembangkang ‘kantoi’ dan didakwa di mahkamah bagi sesuatu kesalahan. Boleh dikatakan semuanya meniru ‘skrip’ yang dicipta Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menentang ‘kediktatoran’ Mahathir dulu.

Pada pandangan penulis, selagi Guan Eng tidak diputuskan bersalah dan dihukum penjara lebih 2 tahun, maka usahlah desak dia meletak jawatan. Tiada gunanya mendesak orang seperti Guan Eng itu sebenarnya. Dia bukan jenis orang yang ‘makan saman’!

Cuma, jika dia fikir dirinya adalah seorang yang bermaruah dan berintegriti, jangankan jawatan Ketua Menteri, malah semua jawatan dalam parti termasuk Setiusaha Agung DAP pun dia akan letak secara sukarela. Itupun jika dia ada maruahlah.

Pada hemat penulis berkenaan kes Guan Eng ini, ‘judicial precedent’ berkaitan kes sepertinya ini sudah ada di dalam sistem perundangan kita. Jika dirujuk pada keputusan hakim terdahulu itu, agak mustahil sangat baginya untuk melepaskan diri kali ini. Kecualilah ada ‘keajaiban luar biasa’ yang menyelamatkan dia nanti. Itu kita serahkan kepada hakim mahkamah.

Cuma yang menjadi persoalan di fikiran penulis adalah jika pemimpin pembangkang didakwa di mahkamah, segelintir pihak bukan saja terus menghukum dia tidak bersalah, malah lebih hebat lagi mereka menuduh semuanya adalah satu bentuk tindakan dari pihak kerajaan, khususnya UMNO.

Apakah UMNO yang suruh Miss Phang jual banglo pada Guan Eng? Apakah UMNO yang suruh Miss Phang letakkan harga murah pada Guan Eng? Apakah UMNO juga yang memecahkan rahsia urus niaga jual beli banglo itu? Begitu juga dengan isu Taman Manggis. Semuanya di ‘set-up’ oleh BN untuk perangkap Guan Eng?

Adalah tidak masuk akal jika salah laku atau rasuah Guan Eng itu dikatakan sebagai satu konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan anak Lim Kit Siang. Itu bukan cara Kerajaan BN di zaman Najib. Jika di zaman Mahathir, mungkin…

Bagaimana jika yang didakwa di mahkamah itu pemimpin UMNO sendiri? Ia juga kerja Kerajaan Malaysia? Atau itu semua konspirasi pemimpin pembangkang?

Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk seorang ahli politik itu dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kesalahan undang-undang, namun kerajaan dituding jari sebagai pihak yang menjadi dalang ‘mengenakan’ mereka.

Sebagai contoh, ahli politik A yang tidak berpuasa beli nasi kandar dan makan dalam hotel 5 bintang. Bila ada laporan dibuat dan ‘kantoi’ tidak berpuasa tanpa alasan syarak, maka dia didakwa di mahkamah atas kesalahan tersebut. Apakah pihak kerajaan wajar disalahkan atas pendakwaan tersebut?

Kerana itulah pada penulis, pendakwaan yang dihadapi oleh Guan Eng itu adalah merujuk kepada perbuatan peribadinya sendiri dan ia tidak ada sebarang kena mengena dengan pihak kerajaan mahupun UMNO.

Pendakwaan hanya dibuat oleh Jabatan Peguam Negara berdasarkan siasatan SPRM yang menunjukkan wujud ‘prima facie’ untuk melakukan pertuduhan di mahkamah mengikut bukti-bukti kukuh yang diperoleh. Itu saja. Jika bersalah, maka bersalahlah. Jika tidak, maka terlepaslah!

Justeru itu, tidak perlulah terpengaruh dengan mana-mana pihak dalam soal ini. Yang ditabur cumalah permainan persepsi untuk memburuk-burukkan kerajaan sahaja. Begitulah nasib kita bila mempunyai pembangkang yang ‘tidak sihat’, salah sendiri pun hendak dipolitikkan. Sabar sajalah…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana