1MDB taja jemaah haji, Najib bersandiwara, kata Pua...Macam Sial Bebbb

1MDB dari mula tubuh sehingga kini tajaan Jemaah Haji tidak pernah miss....setiap tahun tetap 1MDB memberi kepada yang tidak mampu pergi Haji.Pua memang Sialllll dan Dengki dengan majikan 1MDB kepada orang Islam.

PETALING JAYA: DAP berkata pengumuman Yayasan 1MDB menaja seramai 1,100 orang mengerjakan ibadat haji merupakan usaha mengaburi mata rakyat di kala syarikat milik negara itu menjadi sasaran penyiasat Amerika Syarikat.

“Sumbangan Yayasan 1MDB bagi tujuan kebajikan merupakan sandiwara yang semata-mata bertujuan menutupi kerugian berbilion ringgit 1MDB disebabkan pengubahan wang antarabangsa melibatkan perdana menteri sendiri,” kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mengulas sumbangan RM10.4 juta oleh 1MDB bagi membolehkan sekumpulan yang terpilih terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam, kurang seminggu selepas Jabatan Kehakiman AS bertindak mahu menyita aset berkait 1MDB di negara itu atas tuduhan korupsi dan pengubahan wang haram.

Dokuman AS itu turut menamakan anak angkat Najib, Riza Aziz, dan antara lain mendakwa sejumlah AS$11 juta (RM44.8 juta) wang 1MDB dibayar kepada sebuah kasino di Las Vegas, yang menurut penyiasat bagi melangsaikan hutang judi ahli perniagaan Low Taek Jho.
Pua berkata tidak ada masalah malah beliau sendiri akan memuji 1MDB membuat sumbangan kebajikan sekiranya syarikat itu melaporkan keuntungan.

“Bagaimanapun, hampir kesemua dana 1MDB adalah hutang yang kemuncaknya berjumlah RM55 bilion, dan ia tidak pernah mencatat sesen untung pun dalam enam tahun kewujudannya,” kata Pua, yang merupakan anggota Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang ditugaskan menyiasat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana