Zuraida Dan Rafizi Sama Saja Tak Boleh Pakai Cakapnya.....Dua penyakit pengundi: Rafizi berkata benar

SHAH ALAM - "Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hanya memberikan pandangan beliau sebagai ahli politik dan saya rasa apa yang dikatakannya adalah benar,” demikian ujar Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi tentang dua penyakit pengundi menjelang pilihan raya.

Menyokong pendapat yang diberikan rakannya, Zuraida berkata, apa yang diperkatakan Rafizi hanyalah pandangan peribadi dan ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepada parti.

“Saya rasa apa yang dikatakan Rafizi benar. Ia hanya pandangan ahli politik. Mungkin ia kedengaran agak kasar  tetapi saya yakin beliau hanya bercakap dari segi perspektif sendiri.

“Saya yakin sokongan rakyat kepada kami kekal sama (meskipun selepas apa yang diperkatakan oleh Rafizi). Beliau tidak memperlekehkan sesiapa dan hanya memberi pandangan peribadinya,” tegasnya.

Rafizi ketika dihubungi Sinar Online baru-baru ini menyifatkan kemenangan BN di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar akibat dua penyakit yang dideritai pengundi sejak sekian lama.

Beliau berkata, perjuangan masih jauh sekiranya rakyat terus dijangkiti dua penyakit ini iaitu sentimen perkauman atau keagamaan dan kebendaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana