UMNO Terengganu, PAS Kedah kecam Mukhriz... spekulasi jahat timbulkan keresahan

Inilah akhlak tidak baik yang ditonjolkan bekas MB Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir apabila berbohong di bulan Ramadan kononnya ada perjanjian Kedah dan Terengganu akan diserahkan kepada PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU).

UMNO Terengganu dalam satu kenyataan pada Isnin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan anak Tun Mahathir Mohamad tersebut.

Menurutnya, segala andaian serta imiginasi yang dibuat Mukhriz bukan sahaja spekulasi jahat yang tidak bersandarkan kebenaran sebaliknya bertujuan menimbulkan keresahan dalam parti.

"Hakikatnya, ahli UMNO cukup matang. Spekulasi liar itu tidak mampu menggugat perpaduan dalam parti sebagaimana dibuktikan apabila Majlis Tertinggi membuat keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.

"UMNO Terengganu yakin parti ini bukan sahaja akan kekal sebagai kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti tetapi bakal memperoleh majoriti lebih besar hasil gerak kerja yang digerakkan," katanya.

Menurutnya, beliau minta Mukhriz dan semua pihak agar tidak sesekali menjadikan Terengganu sebagai modal politik untuk kepentingan peribadi.

Sementara itu, Pesuruhajaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrulrazi berkata tuduhan Mukhriz itu sangat dangkal dan ternyata berunsur fitnah.

"Selaku ahli politik, dakwaan itu hanyalah cubaan mencipta persepsi negatif dan propaganda buruk yang tidak selayaknya dari seorang yang pernah menjawat kedudukan Menteri Besar,"katanya dalam satu kenyataan media petang Isnin.

Jelas Dr Ahmad, hakikatnya mereka yang menjatuhkan Mukhriz dari kerusi MB tidak mungkin tiba-tiba hendak melepaskan Kedah kepada PAS.

"PAS Negeri Kedah sama sekali tidak pernah menghulur salam mahupun menyambut sebarang usaha atau mengadakan perjanjian sebagaimana dimaksudkan hingga seolah-olah pemerintahan boleh dipotong bahagi seperti kuih bengkang.

"Ketika ini, PAS mengemukakan pendekatan politik matang dan sejahtera (BPMS) dgn mengamalkan politik berteraskan demokrasi mandat daripada rakyat.

PAS tidak menjadikan jalan singkat, pemerdayaan dan tipu muslihat untuk merampas kedudukan,"ujar beliau.

Beliau menasihatkan Mukhriz agar lebih profesional  serta menumpukan tanggung jawab selaku ADUN.

"Dato' tidak perlu lagi menjadi boneka atau Nujum Pak Belalang,'katanya pada Mukhriz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana