Umno sudah beri masa untuk Muhyiddin, Mukhriz dan Shafie - penganalisis

SHAH ALAM: Umno dilihat sudah memberikan masa yang lama kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk kembali 'bersama' saf kepimpinan parti itu.

Namun, ketiga-tiga mereka tetap memilih untuk bersama pembangkang dan meneruskan kritikan serta serangan kepada Umno dan pemimpin tertinggi parti itu, kata Prof Madya Dr Azmi Hassan.

"Peluang (masa yang diberikan Umno) itu tidak disambut oleh ketiga-tiga mereka yang membuatkan majlis tertinggi membuat keputusan sedemikian rupa," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Azmi juga berpandangan, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) minggu lalu turut mempengaruhi keputusan Umno memecat Muhyiddin dan Mukhriz serta menggantung keahlian Shafie.

"Keputusan PRK itu hanya dikatakan sebagai pemangkin sedikit sahaja dari segi masanya PRK diadakan tetapi bukan punca utamanya kenapa pemecatan dan pergantungan diberikan kepada ketiga-tiga mereka.

"Ianya (pemecatan) lebih memberi kesan positif kerana di katakan tiga duri ini dihindarkan daripada merosakkan Umno. Jadi sebab itu saya membacakan ianya lebih memberi kesan positif daripada negatif kepada Umno secara keseluruhannya," katanya lagi.

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat memutuskan memecat Muhyiddin dan Mukhriz manakala Shafie pula digangung keahliannya sehingga laporan daripada Jawatankuasa Disiplin diperolehi.

Ketiga-tiga mereka disabit kesalahan melanggar disiplin parti apabila mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti.

Mereka juga dilihat sering menghadiri program anjuran pembangkang yang tentunya menjadikan Umno sebagai sasaran kritikan.

Menurut Azmi, hukuman ke atas tiga tokoh pemimpin ini agak lambat dibuat.

"Jadi keputusan itu dibuat perlu dikatakan meneliti dan peluang diberikan sepenuh-penuhnya kepada mereka.

"Sebab itu saya menjangkakan bukan keputusan yang agak lewat tetapi dikatakan menepati masanya dan perlu dilakukan," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana