Tidak pernah ada perjanjian UMNO-Pas....Pandai Pandai Kata Mukriz Ni
KUALA LUMPUR 27 JUn - Pas tidak pernah mengikat apa-apa perjanjian dengan UMNO membabitkan penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14).
Perkara itu ditegaskan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa dakwaan Datuk Seri Muhkriz Mahathir adalah tidak benar sama sekali dan tidak boleh dipercayai.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, sepanjang beliau menjadi Presiden Pas, perkara itu tidak pernah dibincangkan antara kedua-dua parti dan Pas hanya akan bertanding dalam PRU-14 untuk mendapatkan negeri-negeri berkenaan.
“Berita palsu (tentang penyerahan negeri-negeri itu). tidak ada perjanjian dan kita tidak pernah berbincang. “Pas hanya akan bertanding (dalam PRU-14) untuk dapatkan negeri-negeri itu,” katanya selepas menyampaikan kuliah Zuhur di Ibu Pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Semalam, bekas Menteri Besar Kedah itu mendakwa perjanjian antara UMNO-Pas dipercayai wujud untuk membahagi negeri-negeri berkenaan di bawah pemerintahan Pas selepas PRU-14.
Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan DAP bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hadi berkata, Pas menolak cara sedemikian kerana ia berbeza dengan tujuan Pas untuk membuat perubahan kepada negara dan bukannya menukar individu semata-mata.
Beliau berkata, Pas tidak akan menggunakan pengaruh DAP untuk mendapatkan sokongan ke atas sebarang gerakan bagi menjatuhkan pemimpin, sebaliknya parti itu mempunyai cara penyelesaian Islam yang diguna pakai sejak sekian lama.
“Berlainan dengan tujuan Pas (menjatuhkan pemimpin). Tujuan Pas untuk membuat perubahan negara sejak dahulu lagi dan bukannya tukar individu.
“Kita tidak terima penyelesaian DAP kerana kita adalah Islam. Terpulang kepada Dr. Mahathir kerana ini demokrasi. Tetapi bagi Pas akan terus istiqamah dengan pendekatan Islam,” katanya.

Comments