Tidak Bubar Dun Sebab Sayangkan UMNO Konon…

Bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir mendakwa dirinya ‘setia’ kepada UMNO hanya kerana dia tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Kedah ketika dirinya di ambang kehilangan jawatan nombor satu di negeri itu.

Mukhriz dalam kenyataannya cuba melontar persepsi seandainya dia menasihati Jemaah Pemangku Sultan Kedah untuk membubarkan DUN, maka Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan kehilangan kerajaan negeri jika berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah.

Atas kerana tindakan seperti itu Mukhriz mendakwa dia ‘sayangkan’ UMNO? Benarkah tindakan itu membayangkan betapa ‘sayangnya’ Mukhriz kepada parti yang mengangkat bapanya menjadi Perdana Menteri dan dia pula menjadi anak Perdana Menteri yang beralamatkan Seri Perdana selama 22 tahun?

Pada pandangan penulis, jika Mukhriz menganggap sedemikian, maka ternyata dia memang ‘bebal politik’. Ingatkan dia belajar tinggi dan ‘bijak politik’, namun nampaknya beza dia dengan bapanya bagai langit dengan bumi.

Apakah dia fikir BN takut jika dia bubarkan DUN Kedah ketika itu? Dia fikir BN takut kehilangan kerajaan negeri? Tidakkah Mukhriz tahu bahawa kuasa dan segala kemenangan itu ditentukan Allah SWT dan bukannya terletak di tangannya, atau bapanya?

Jika Mukhriz bubarkan Dun Kedah, apakah dia fikir BN akan mencalonkan dirinya semula di mana-mana Dun? Penulis yakin jawapannya tidak sama sekali. Jika Mukhriz mahu bertanding sekalipun, mungkin dia perlu bertanding atas tiket bebas.

Atas tiket PAS? Jika Mukhriz mahu setuju bertanding di atas tiket PAS menentang calon BN, apakah itu tandanya dia sayangkan parti? Menentang calon BN dianggap ‘sayangkan parti’? Sekolah politik mana Mukhriz belajar? Sekolah politik Ibrahim Ali?

Ketika Mukhriz di ambang hilang jawatan tempohari, ada ‘macai’nya yang mencadangkan supaya Dun Kedah dibubarkan. Kenapa tidak ikut cadangan ‘macai’ itu? Kerana ‘sayangkan parti’ atau sebenarnya cadangan itu terlalu bodoh untuk diikut?

Di saat PAS terbelah dua dan bergelut kehilangan sokongan akibat kelahiran PAN yang turut ‘bersarang’ di sekitar negeri Kedah, Mukhriz fikir dia boleh pastikan BN tewas di Kedah? Mukhriz fikir PAS bersamanya? Mahfuz Omar mungkin, tapi PAS tidak sokong deklarasi bapanya!

Mukhriz fikir BN Kedah akan menyerah kalah begitu saja? Tahukah Mukhriz betapa peritnya BN Kedah bekerja siang malam selama 5 tahun untuk menawan Kedah kembali? Selama hampir 5 tahun, mengapa habiskan banyak masa di Kuala Lumpur? Kerana jawatan ‘Timbalan Menteri’? Ahmad Bashah sebelum ini pun ‘Timbalan Menteri’, tapi tiap-tiap minggu balik Kedah.

Mukhriz hanya kembali 4 bulan sebelum PRU ke-14 untuk ‘tunjuk muka’? Itupun selepas tahu dirinya akan dilantik sebagai Menteri Besar? Jika tidak, langsung tidak ambil tahu tentang perjuangan politik BN di Kedah? Jadi, apa signifikannya Mukhriz bagi rakyat dan BN di Kedah?

Tahukah Mukhriz tentang rungutan orang Jerlun terutama Dun Ayer Hitam? Cuba bandingkan keadaan jalan raya di Dun Sungai Limau dan Ayer Hitam. Sekurang-kurangnya, arwah Tan Sri Azizan Razak pastikan jalan raya di Sungai Limau cantik, tapi kenapa banyak lubang dan lopak di Ayer Hitam?

Jika Mukhriz sayangkan parti, sepatutnya dia bersuara mengikut saluran. Dia hadir beberapa mesyuarat MT, tapi kenapa tidak bersuara? Kenapa tidak tepuk meja? Kenapa tidak melompat atas meja? Kenapa tidak ‘berperang’ dalam mesyuarat MT? Takut? Di mana letaknya ‘anak jantan’ Mukhriz?

Dan sekarang, Mukhriz sudah dipecat dari parti. Puas hati atau tidak? Atau tidak boleh terima ketentuan Allah itu? Mahathir dulu tubuhkan ‘UMNO baru’, dan Mukhriz mahu tubuhkan parti UMNO ‘paling baru’? Silakan. Jika tidak, sertai saja PAN atau PKR. Penulis yakin pintu parti itu terbuka luas untuknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana