Saya juga pernah jadi tahanan ISA - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR 25 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi malam ini akan berkongsi dengan penonton Astro Awani mengenai pengalaman hidupnya termasuk sebagai seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menerusi segmen 'ObvioUsly Harith Iskander (OHI)'.

Rancangan bual bicara bersahaja itu akan turut mengupas pengalaman Ahmad Zahid sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika di Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pertahanan.

Apa yang menarik ialah, Ahmad Zahid yang memasuki set rakaman menggunakan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson dan lengkap berjaket akan turut menceritakan mengenai kisah kehidupan beliau ketika dijaga oleh keluarga angkat berbangsa Cina ketika kecil.
Akhir sekali, sesi bual bicara OHI selama satu jam itu dan akan ke udara pada pukul 9.30 malam ini di saluran 501 akan turut membawa bersama enam orang cucu Ahmad Zahid yang akan bercerita mengenai datuk mereka. - UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana