Recommen Baik Punya Ni....Sertai Amanah pilihan terbaik Muhyiddin, Mukhriz

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpendapat tidak mustahil bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyertai Pakatan Harapan selepas penggantungan mereka daripada Umno.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik berkata, penyertaan mereka itu sama ada atas kapasiti individu ataupun menyertai mana-mana parti yang ada dalam Pakatan Harapan.

Menurutnya, pilihan terbaik bagi kedua-dua pemimpin itu sekarang adalah menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

"Selepas apa yang berlaku, apakah mereka akan sertai Pakatan Harapan atau menubuhkan parti baharu?...Namun untuk menubuhkan sebuah lagi parti politik Melayu yang baru agak tidak efektif. Cukuplah kita lihat jerih payah Amanah yang sehingga kini terpaksa berkorban dan membanting tulang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan orang Melayu di luar bandar.

"Pilihan yang terbaik ialah untuk mereka menyertai Amanah dan parti tersebut melakukan penstrukturan semula untuk menerima sebilangan besar ahli-ahli Umno yang mendokong dan menyokong Tun M dan kedua-dua Muhyiddin dan Mukhriz," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Katanya lagi, akar umbi Umno  di Kedah, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan pasti akan terkesan dengan situasi itu dan tidak mustahil akan bersama-sama menyertai Amanah.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 24 Jun lalu, Majlis Tertinggi Umno  memutuskan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Sementara Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana