Polis tidak gentar dengan ugutan IS nak serang Bukit Aman

“Kepada mereka di Bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak akan aman sebentar lagi.”

Itu antara kata-kata ugutan menerusi video yang disebar Selasa lalu oleh seorang anggota IS Malaysia yang kini berada di Syria.

Dia telah dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin berasal dari Negeri Sembilan.

Apakah Polis Diraja Malaysia merasa gusar dan ‘ tidak aman’ dengan ugutan terbaru ini?

Ini lebih-lebih lagi Bukit Aman hendak dijadikan sasaran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akui polis memandang serius ugutan berkenaan.

Namun katanya mereka tidak merasa gentar.

“Kamu cuma berani ugut dari jauh…baliklah,”tegasnya mencabar anggota IS dari Malaysia kalau berani pulang.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ampang Jumaat.

Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu bahawa Rafi yang bercakap di dalam video tersebut adalah antara ahli Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM), yang meninggalkan Malaysia pada 2014 untuk menyertai IS di Syria.

Bahagian berkenaan juga mempunyai video grafik yang memaparkan Rafi bersama dua lagi pejuang IS, memenggal tiga tebusan, dipercayai pengintip.

Rafi memberi amaran kepada pasukan polis yang mereka akan diburu dan “dipenggal leher” oleh penyokong IS di dalam negara.

“Kepada mereka di Bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak akan aman sebentar lagi. Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher kalian.”

Rafi menggalakkan penyokong IS di Malaysia untuk menggunakan apa juga cara untuk “membunuh” golongan taghut (musuh Allah).

“Bunuhlah mereka di mana saja kalian bertemu mereka..kalian punya kenderaan, langgarlah mereka… kalian punya senjata atau pisau kecil, tikamlah dada mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana