PH tunggu masa sesuai 'lamar' Muhyiddin, Mukhriz....Ambil Lah Tak Hairan Lah

SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk menerima penyertaan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam gabungan pembangkang itu.

Namun Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Datuk Saifuddin Abdullah, berpendirian adalah lebih baik menunggu masa yang sesuai bagi 'melamar' kedua-dua bekas pemimpin yang dipecat daripada Umno baru-baru ini.

"Kita sentiasa terbuka untuk Tan Sri Muhyiddin menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan, tetapi adalah tidak cantik untuk kita sebut perkara ini secara terbuka begini.

"Kita menghormati kedudukan dan ketokohan beliau jadi tidak manis untuk dibincang secara begini," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian dalam mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin bahawa dirinya dan Mukhriz masih belum membuat keputusan berkaitan platform mana yang akan dipilih kerana masih terlalu awal untuk diputuskan.

Malah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga turut berkata banyak pihak mahu beliau menyertai gabungan pembangkang bagaimanapun tidak menolak untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Pagoh pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Menjawab perkara itu, Saifuddin berkata gabungan pembangkang akan menyokong langkah Muhyiddin untuk bertanding sebagai calon Bebas selagi perkara itu selari dengan perjuangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru di Putrajaya.

"Kita PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan semua parti pembangkang dan termasuk calon Bebas, yang selari dengan perjuangan kita. Sebab pada kita yang utama ialah membentuk blok pembangkang yang lebih besar," jelas Saifuddin.

Muhyiddin sebelum dipecat pada Jumaat lalu, sebelum ini dilihat 'mesra' pembangkang apabila menyertai Deklarasi Rakyat yang dipimpin bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang bertujuan bagi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Turut serta dalam deklarasi berkenaan Mukhriz Mahathir dan beberapa kepimpinan pembangkang antaranya Lim Kit Siang, Datuk Mahfoz Omar, Rafizi Ramli dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana