'Pemberontakan' Bajau Semporna ditumpaskan... Nasir Sakaran ganti Shafie

Datuk Nasir Tun Sakaran bukan orang lain dengan Datuk Seri Shafie Afdal... beliau merupakan sepupu Shafie, ayahnya Tun Sakaran Dandai merupakan bekas Ketua Menteri Sabah dan pemimpin komuniti Bajau Semporna yang cukup berpengaruh.

Shafie yang dibawa oleh Sakaran Dandai masuk ke politik terlebih dahulu kerana faktor usianya, tapi dari segi hariaki keluarga dalam suku Bajau, Nasir lebih berpengaruh, beliau titisan darah langsung daripada Sakaran Dandai.

Tun Sakaran adalah orang yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah dan menjadi Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Perhubungan UMNO yang pertama.

Beliau menjadi Ketua Menteri sejurus selepas PBS pimpinan Datuk Seri Pairin Kitingan tewas.

Untuk rekod, Ketua Menteri Sabah kedua dari UMNO ialah Datuk Seri Salleh Said Keruak yang kini merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Sebab itu ketika orang Shafie Adun Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong umum keluar parti kononnya bersama 300 orang ketua cawangan, Nasir tenang sahaja.

Jaujan 'menunggang emosi' rata-rata orang Semporna yang sedang marah. Beliau memanggil mesyuarat AJK bahagian, dan hanya beliau sahaja hadir.

Nasir tenang sahaja, beliau dan Ramlee Marahaban tidak hadir ketika Jaujan 'memberontak' sekaligus mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) bahagian Semporna Isnin.

Parlimen Semporna mempunyai tiga DUN, DUN Bugaya yang diwakili Datuk Ramlee Marahaban, DUN Senallang oleh Nasir dan DUN Sulabayan oleh Jaujan.

Dipercayai dari segi wibawa dan setia kepada ketua suku, apabila Nasir bersuara... ramai akan buat 'pusingan u'.

Jaujan hanyalah setiausaha politik Shafie sebelum dipilih bertanding DUN dalam pilihanraya umum yang lalu. Kesetiaan dan ketaatan beliau bukan kepada parti tapi Shafie.

Berbeza dengan Nasir, walaupun Shafie sepupunya, tapi beliau mempunyai tanggungjawab kepada suku Bajau yang mana beliau merupakan pemimpin mereka.

Ayahnya membawa UMNO ke Sabah... apakah kerana ulah sepupu... beliau mahu korbankan nama baik ayah dengan memberontak sama? jawapannya tidak apabila Nasir pada Selasa mengeluarkan satu kenyataan media.

Nasir yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna menyangkal laporan 300 ketua cawangan di bahagian itu keluar parti, sebaliknya sekitar 150 hingga 200 ketua cawangan sahaja yang berbuat demikian.

Beliau menyifatkan ketua-ketua cawangan terbabit bertindak berdasarkan emosi tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Nasir turut berkata belum menerima surat daripada UMNO memangku jawatan ketua bahagian, susulan penggantungan keahlian Shafie pada minggu lalu.

Beliau berpendapat, keputusan MT UMNO menggantung keahlian Shafie berpunca daripada tindakannya yang merugikan UMNO Semporna.

Jelasnya, Shafie dijangka pulang daripada mengerjakan umrah pada hari ini atau esok dan sehingga kini Ahli Parlimen Semporna itu belum membuat sebarang kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana