PAN Bakal Peroleh Kerusi Parlimen Secara Percuma?

Sidang akhbar yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin petang semalam sedikit sebanyak telah mula menimbulkan banyak tandatanya dikalangan pemerhati politik. Masing-masing tertanya-tanya, kemanakah hala tuju dan masa depan politik beliau dan rakan sekutunya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Adakah kekal sebagai Ahli Parlimen dan ADUN bebas, menyertai mana-mana parti pembangkang atau membentuk parti baharu?

Menerusi kenyataan yang beliau keluarkan petang semalam semasa mengadakan sidang akhbar pertama selepas beliau dipecat, beliau sedang menimbangkan segala kemungkinan bagi mengekalkan beliau dalam arus politik negara. Ini termasuk kekal sebagai Ahli Parlimen bebas di Parlimen Pagoh, Parlimen yang beliau wakili sejak sekian lama.

Menariknya, dalam kenyataan yang sama, beliau turut mempertimbangkan untuk menyertai PAN sebagai platform perjuangannya. Beliau mengakui, ada menerima tawaran walaupun tidak rasmi untuk menyertai PAN. Jika ini berlaku, buat pertama kalinya, Parlimen Pagoh bakal menjadi milik pembangkang dan PAN bakal memperolehi kerusi Parlimen secara percuma.

Tidak menghairankan andai Muhyiddin memilih PAN sebagai medan baru wadah perjuangannya. Ini kerana, beliau sudah membuktikan kesediaannya menyertai PAN sewaktu kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar yang baru lalu. Kehadiran beliau pada hari terakhir kempen Pilihan Raya bersama-sama Tun M disambut penuh gembira oleh kepimpinan PAN dan juga DAP.

Malah, beliau juga sudah lama bersama-sama dengan kepimpinan pembangkang terutamanya Mat Sabu dan Lim Kit Siang sejak memilih untuk menjadi pengkhianat UMNO, tahun lalu. Lagipun, beliau kini sudah diusir keluar dari UMNO dan beliau kini bebas untuk membuat pilihan masa depan politiknya.

Jika direnung situasi beliau kini, andai beliau memilih untuk kekal bebas dan memilih untuk bertanding, pastinya kedudukan beliau agak sukar untuk jangkamasa panjang. Justeru, adalah sesuatu yang cukup penting andai beliau lebih menjurus untuk menyertai PAN dari kekal bebas. Kini, apa pilihan yang beliau pilih? Menjadi bebas, menyertai PAN atau menubuhkan parti baharu?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana