Padan Muka Madey.....PKR Wilayah Persekutuan tolak Deklarasi Mahathir


SHAH ALAM: PKR Wilayah Persekutuan menolak Deklarasi Rakyat yang diterajui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua PKR Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad menulis surat kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 19 Mei lalu.

Dalam surat itu menyebut, komitmen mereka kepada gerakan reformasi dan presiden parti itu.
  Idris yang juga merupakan ADUN Ijok itu memperincikan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan pada 18 Mei, yang bersetuju untuk:

-  Menyokong sepenuhnya Wan Azizah sebagai pemimpin utama parti itu.
-  Menolak penglibatan Mahathir dan Umno dalam gagasan Deklarasi Rakyat.
-  Mengetepikan Deklarasi Rakyat dan terus menyokong gerakan reformasi untuk menyelamatkan Malaysia, menukar institusi kerajaan, dan membebaskan Ketua Umum PKR Datuk Seri
   Anwar Ibrahim.

"Yang mana hadir mesyuarat sebulat suara sokong. Siapa yang tak hadir saya tak tahulah sokong atau tidak," kata Idris.

Idris juga mengecam Deklarasi Rakyat yang membuatkan parti terpesong dari landasan asal, apabila mahu menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Kami tidak mahu parti terpesong dari misinya," tambah beliau.

Pengisytiharan PKR Wilayah Persekutuan itu muncul tiga hari selepas surat daripada Anwar kepada PKR yang memberi amaran kepada mereka tentang kerjasama dengan Mahathir, dan telah dibocorkan kepada orang ramai pada 16 Mei.

Sebelum ini Anwar, menerusi surat yang ditulis ketika dalam penjara menyatakan rasa kesal dengan penglibatan PKR dan beberapa pemimpinnya menyertai gerakan Mahathir serta pembangkang lain untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Anwar pada mulanya menyatakan sokongan terhadap gerakan itu namun beliau kemudian mengubah fikiran setelah mendapati ia gagal membuahkan hasil seperti yang diharapkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana