MUKRIZ Sudah Pandai Berbohong Dan Cakap Kosong...Lihat Lah MB Terengganu Menafikannya

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kononnya ada perjanjian Kedah dan Terengganu akan diserahkan kepada PAS pada pilihan raya umum.

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Razif Abd. Rahman dalam satu kenyataan berkata, segala andaian serta imiginasi yang dibuat Mukhriz bukan sahaja spekulasi jahat yang tidak bersandarkan kebenaran sebaliknya bertujuan menimbulkan keresahan dalam parti.

Hakikatnya, ahli UMNO cukup matang.

Tambahnya, spekulasi liar itu tidak mampu menggugat perpaduan dalam parti sebagaimana telah dibuktikan apabila Majlis Tertinggi membuat keputusan sebulat suara memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.

UMNO Terengganu yakin parti ini bukan sahaja akan kekal sebagai kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti, tetapi bakal memperoleh majoriti lebih besar hasil gerak kerja yang telahpun digerakkan.

Sehubungan itu Ahmad Razif meminta Mukhriz dan semua pihak agar tidak sesekali menjadikan Terengganu sebagai modal politik untuk kepentingan peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana