MENYESAL SUDAH TIADA GUNA LAGI.....RAKYAT BRITAIN SUDAH KENA TIPU DENGAN PEMBANGKANG BERKENAAN IDEA BRIXIT

BREXIT: RAKYAT TERMAKAN JANJI MANIS PEMBANGKANG.

Anda kenal siapa itu Nigel Farage?

Nigel Paul Farage ialah Ketua UK Independent Party (Pembangkang) yang berkempen untuk Britain keluar dari EU..

Farage dalam kempennya menjanjikan £350juta yang diberikan Britain kepada EU akan digunakan pada perkhidmatan kesihatan (NHS) bila Britain keluar dari Kesatuan Eropah itu.

Kempen Farage itu juga terpampang di dinding-dinding bas sekitar London.

Ironinya, selepas kejatuhan matawang Pound Sterling, keruntuhan LSE serta bursa-bursa saham dunia lain dan peletakan jawatan Perdana Menteri Britain, Nigel Farage menafikan pernah berjanji yang £350 juta itu akan di gunakan untuk NHS.

Ya betul yang and baca..!!

Beliau menafikan yang beliau pernah berjanji sedemikian walaupun kempen itu tersebar keseluruh negara..

Itulah realitinya pembangkang di sesebuah negara demokratik. Mereka akan berjanji intan dan berlian, bulan dan bintang.. Dan bila masalah melanda, mereka akan cuci tangan mengelak untuk bertanggungjawab..

Hari ini rakyat Britain meluahkan kekesalan mereka mengundi keluar dari EU..

Ada yang melahirkan rasa kemarahan mereka kepada Farage kerana rasa tertipu dengan kempen Brexit itu..
Ada juga yang mengatakan mereka hanya mengundi protes terhadap kerajaan tanpa memikirkan kesan selepas itu kepada mereka..

Tapi nasi sudah menjadi bubur.. Dan itu patut menjadi pengajaran kepada kita yang berada di Malaysia ini..

Janji bintang dan bulan pembangkang, undi protes tanpa memikirkan kesan kepada negara adalah natijah dari sistem demokrasi yang tidak bersandarkan Ilmu dan kewarasan..

MOHD SHUKRY BIN ROSLAN
#PengajaranBuatKita

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana