Makin Merapu Plak Tengok Kau Mukriz!!!!! Mukhriz dakwa Umno akan serah Kedah kepada Pas

DAMANSARA - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengingatkan Umno Kedah untuk bersiap sedia bagi menyerahkan kepimpinan kepada Pas selepas ini.

Menurut Mukhriz, kerjasama antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi merupakan satu amaran bagi menyerahkan pimpinan negeri berkenaan memandangkan Pas kini dilihat menjurus ke arah tersebut.

"Saya ingin nyatakan bahawa saya lihat seolah-olah ada pakatan antara Umno dan Pas di peringkat tertinggi.

"Bersiap sedia untuk serah kerajaan negeri kepada Pas kerana nampaknya ia sedang menjurus ke arah itu," katanya ketika sidang media yang berlangsung di Rumah Kelab Alumni Universti Malaya, hari ini.

Di samping itu, Mukhriz turut mengingatkan kerajaan agar tidak menjadikan rakyat Ayer Hitam sebagai mangsa memandangkan semua peruntukan Adun dipotong.

Dalam pada itu, Mukhriz turut mempersoalkan mengenai keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan mengenai  pemberhentian peruntukan bagi Yayasan Kepimpinan Perdana.

"Ia sepatutnya diputuskan oleh kerajaan tapi apa yang peliknya kenapa ia diumum dalam MT," katanya.

Kelmarin, MT memutuskan untuk menghentikan segala bentuk bantuan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.

Selain itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddi Yassin dan Mukhriz turut dipecat daripada Umno berkuat kuasa serta merta.

Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung dari jawatannya.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, tindakan itu dipersetujui sebulat suara oleh MT Umno kerana mendapati mereka melakukan kesalahan serius.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana