Mahathir Seolah-Olah Perdana Menteri...Tak Puas Lagi Ker

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoal­kan gelagat Tun Dr. Mahathir Mohamad yang seolah-olah ber­tindak sebagai ‘Per­dana Menteri’ ke­dua dengan tidak serik mengacau kepe­mim­pinan kerajaan sedia ada.

Kata beliau, pemimpin-pe­mimpin dunia yang lain, sebaik sahaja melepaskan jawatan perdana menteri atau presiden, mereka akan menghabiskan masa bersama keluarga, memenuhi jemputan sebagai penceramah atau berperanan di belakang tabir membantu kerajaan, tetapi sebalik­nya Dr. Mahathir tidak begitu.

“Kalau dilihat Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, selepas bersara, beliau memenuhi undangan berucap, menulis dan terbaharu, membantu kempen Presiden untuk isterinya, Hillary.

“Jiran terdekat kita di selatan tanah air, Singapura memiliki mendiang Lee Kuan Yew, seorang Perdana Menteri yang lebih lama khidmatnya berban­ding Dr. Mahathir iaitu hampir tiga de­kad (1959-1990) se­belum menjadi menteri ka­nan dalam kerajaan republik itu.

“Tetapi pernah­kah kita rakyat Malaysia melihat gelagatnya seperti Dr. Mahathir?

“Kalau begitu perlakuan Dr. Mahathir, adakah boleh kita simpulkan bahawa bukan 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri tetapi 35 tahun kerana sejak 2003 melepaskan jawatan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga sekarang (2016) iaitu 13 tahun kemudian, beliau tidak habis-habis mengacau Perdana Menteri selepasnya,” kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tunku Abdul Aziz mengulas amaran bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa tindakan Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP dan PAN akan membawa kemudaratan lebih besar kepada orang Melayu.

Tindak tanduk bekas Perdana Menteri itu juga dipersoalkan kerana bersikap emosional berikutan hasratnya untuk menukar Najib tidak berjaya.

“Dr. Mahathir ini keras hati, beliau tidak kisah sekiranya masyarakat Melayu ini bercakaran dan membiarkan ‘Cina’ menang tetapi dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan niat serta agenda peribadinya tercapai,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana