‘Langkah Rafizi’…ada yang rasa lain macam dalam PKR

Gerak geri dalam PKR memang agak pelik kebelakangan ini.Dengar cerita dikalangan orang parti itu sendiri hangat bercakap bab dakwaan Setiausaha Agung Rafizi Ramli mengenai adanya kongkalikong rasuah wang dan perempuan dalam kerajaan negeri Selangor.

Kini semua orang tak sebar menunggu apa cerita dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) setelah Ahli Parlimen Pandan itu serah bukti-bukti mengenai dakwaan itu Isnin semalam.

Siasatan tentu akan ambil masa.Namun dicelah itu ramai yang sedang teropong untuk mengintai perkembangan semasa dalam parti itu.

Ada juga yang kata wah hebat Setiausaha Agung PKR sendiri boleh korek pasal kerajaan negeri Selangor pimpinan Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali.

Dari segi propogandanya mungkin nampak macam PKR cukup telus nak cekup saja yang didakwa buat tak betul tak kira jika ia libatkan parti sendiri.

Ini mungkin selari dengan imej Rafizi sebagai peneraju The National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW),sebuah NGO kononnya untuk tukang korek dan dedah.

Namun ada juga yang ragu-ragu parti itu membawa bendera ketelusan konon untuk memerangi segala kemungkaran seperti yang dilaungkan di pentas ceramah,forum dan waktu kempen pilihanraya.

Satu dunia tengok gelagat pimpinan parti itu ‘yang asyik nafi dan nafi’ ketika isu dakwaan liwat bos mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Sebaliknya bukti-bukti sudah terserlah sehinggalah didapati bersalah oleh mahkamah pada Februari 2015.

Juga tengok isu video seks China Doll yang didedah oleh Datuk T tidak lama dulu.Video ada,orang yang dakwa mengaku sendiri lelaki dalam video Anwar,bersumpah di dalam masijid segala macam.

Bukan setakat itu malah kajian polis keatas video berkenaan hingga di luar negera dapati ia 99 peratus tulin.

Namun kita sendiri tahu apa reaksi PKR …itu semua fitnah.

Malah semasa Datuk Sharzly Eskay hendak buat sumpah Al-Quran mengenainya di sebuah masjid di Sentil,Kuala Lumpur gerombolan Pemuda PKR sudah bertindak kurang ajar buat kecoh dalam masjid untuk sekatnya.

Soalnya kenapa mereka sendiri tidak berani korek dan korek untuk dapat kebenaran…sebaliknya cuba selindung dan selindung.

Jadi apa nak hairan kalau sudah berlegar andaian yang mengaitkan ‘ kesungguhan’ Rafizi bawa bukti dakwaanya kepada SPRM dengan krisis dalaman PKR

Cuba cakap dengan orang PKR.Mereka sendiri tahu adanya dua kem besar dalam parti itu.

Satu kem di sebelah Presiden Datuk Seri Wan Azizah ismail,Rafizi dan lain-lain dan satu lagi kem di sebelah Azmin.

Pergelutan kuasa antara dua puak ini sukar disembunyi.

Azmin yang sekarang dengan jawatan Menteri Besar negeri terkaya di Malaysia sudah ada kelebihan dari segi kekuatan politik.

Melihat senario ini Rafizi tentu tidak boleh salahkan jika orang di luar sana andaikan ‘ada mainan politik’ disebalik semua ini.

Ada yang kata sebenarnya beliau ‘ boleh bincang’ dengan Azmin saja pasal ini.

Menteri Besar Selangor itu sudah ‘ menjerit’ sakan bila timbul pasal dakwaan itu.Katanya ia fitnah terancang.

Entah le siapa yang dimaksud cuba fitnah kerajaan negeri.

Terbaru timbul cakap-cakap mengenai angin perseseran tentang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Azmin nak jadi tukang runding dengan PAS agar kompromi bahagi tanding satu…satu.

Namun PAS berkeras dan mencetuskan kegelisahan dikalangan Amanah dan DAP yang anggap buang masa saja cuba nak pujuk.

Wan Azizah sendiri ada kata masih ada masa berunding dengan PAS.

Namun akhirnya Majlis Presiden Pakatan buat keputusan nak bertanding dan akan umumkan calonnya.

Mesyuarat diadakan secara tergesa-gesa di bangunan Parlimen.Azmin tidak hadir pada mesyuarat itu.

Azmin yang sebelum ini nampak galak nak kempen di Sungai Besar termasuk turun dengan berkain pelikat dan baju Melayu…selepas itu terus menyepi bab calon pilihanraya kecil.

Kata orang kalau setakat Chegu Bard @ Badrul Hisham Shahrin bising pasal Azmin itu sudah bukan lagi satu ‘berita’.

Namun bila muncul ‘ Langkah Rafizi’…ada yang rasa lain macam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana