Lagi Kemalangan Maut Akibat Beg Udara

PETALING JAYA: Satu lagi insiden maut akibat beg udara berlaku pada Ahad membabitkan seorang pemandu kereta Honda yang terlibat dalam kemalangan kecil dengan sebuah Mercedes-Benz di Jalan Teknologi 3/1, Kota Damansara.

Pemandu wanita tersebut, Norazlin Haron, 44, yang memandu Honda bersama dua anak lelaki dan anak saudaranya, menemui ajal di tempat kejadian pada tengah hari Ahad.

Menurut Asisten Komisioner Polis (ACP) Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din, pemandu Honda tersebut tidak berhenti sebelum membelok masuk ke satu simpang dan merempuh belakang sebuah Mercedes-Benz.

Salah seorang saksi kejadian mendakwa beg udara pemandu dan penumpang mengembung berikutan perlanggaran berkenaan.

Pegawai Kanan II Jabatan Bomba dan Menyelamat Sungai Buloh, Rosdi Hainan berkata, beg udara pemandu didapati pecah dan dada mangsa parah akibat material yang terkeluar daripada tengah roda stereng.

"Ada darah dalam kereta apabila kami memeriksanya. Kakitangan perubatan dari Hospital Sungai Buloh mendakwa mangsa sudah kritikal ketika bantuan tiba sebelum maut di tempat kejadian. Tiga lagi penumpang tidak cedera,” katanya.

Rosdi berkata pemandu Mercedes dan isteri juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Buloh yang diketuai Rosdi tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari selepas menerima panggilan kecemasan.

Sementara itu, Mohd Zani berkata punca kematian akan diketahui selepas mendapat keputusan bedah siasat.

Bagaimanapun, kereta yang dipandu wanita tersebut cuma mengalami kerosakan kecil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana