KETUA PEMUDA SEMPORNA TAK FAHAM BAHASA

Kenyataan beliau semalam, yang mendakwa tindakan Majlis Tertinggi UMNO menggantung keahlian Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Shafie Apdal (DSSA), sebagai satu tindakan yang 'terdesak', menunjukkan Ketua Pemuda Semporna itu TIDAK FAHAM BAHASA.

DSSA cuma DIGANTUNG KEAHLIAN sementara menunggu Jawatankuasa Disiplin Parti bersidang, atas pertimbangan bahawasanya terdapat tindakan-tindakan beliau yang dianggap sebagai melanggar tatacara disiplin parti. Hukuman BELUM PUN ditentukan. Maka atas dasar apa dakwaan 'terdesak' itu dikeluarkan? Ketua Pemuda Semporna itu HARUS INGAT, penggantungan keahlian bukanlah satu bentuk tindakan tatatertib, sebaliknya sekadar suatu pendekatan yang biasa diambil ke atas seseorang ahli yang terdapat laporan perlanggaran disiplin ke atasnya. Dan yang berhak menjalankan siasatan terperinci hanyalah Jawatankuasa Disiplin parti.

DIGANTUNG, bukan DIPECAT!

Telah sama-sama kita lihat semasa kempen pilihanraya kecil Sg Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini. Dua ahli yang DIPECAT itu SECARA TERBUKA DAN NYATA, berkempen untuk calon pihak pembangkang. Sedangkan yang DIGANTUNG itu (DSSA) telah pun membuktikan kesetiaan beliau dengan masih berkempen untuk calon kita.

Justeru, sepatutnya tidak ada sebarang masalah yang akan timbul dan kita yakin bahawa Jawatankuasa Disiplin parti akan membuat keputusan yang terbaik dan melepaskan DSSA daripada sebarang tuduhan atau dakwaan yang dibuat ke atas beliau.

NAMUN, tindakan Ketua Pemuda Semporna ini dilihat MALAH SEMAKIN MEMBURUKKAN KEADAAN. Sama ada ianya sememangnya merupakan AGENDA TERSEMBUNYI Ketua Pemuda itu (iaitu sengaja menyukarkan keadaan DSSA) ataupun tidak, agak sukar dirungkai. Apa yang pasti, kenyataan oleh Ketua Pemuda Semporna itu TELAH BERJAYA semakin menyukarkan lagi proses pertimbangan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti ke atas DSSA, sama ada ia DISENGAJAKAN ataupun tidak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana