Kalau Lah Hebat Seorang Perjuang Rakyat Tak Perlu Bersama sama DAP...Nampak Sangat Ada Yang Tak Kena

Bila mereka memilih tidak berkempen untuk parti yang mereka anggotai, boleh kita terima lagi tetapi bila mereka pergi keparti lawan dan berkempen memburuk-burukkan parti yang mereka anggotai, menelanjangi kepimpinan yang ada tanpa rasa malu dan ini buat kita ikut berfikir, mereka tu kalau tidak gila sudah tentu sewel ... lagi pula, mereka tidak pernah memberi pengesahan yang mereka melakukan semua itu kerana sudah keluar dari parti yang mereka anggotai... ini satu contoh yang sangat tidak baik. Mana boleh kita biarkan ahli kita sesuka hati memburuk2kan parti dan kepimpinan yang ada pada ketika berkempen di atas pentas parti lawan pula.

Pertama, mereka sangat pengecut! Sepatutnya mereka keluar dari parti baru ngam mau buruk2kan parti, tetapi itu mereka tidak lakukan.

Kedua, kalau parti tidak melakukan sesuatu ke atas mereka, sudah tentu parti pula akan diketawakan oleh ahli yang ada dan kredibiliti serta ketegasan parti akan dipertikaikan pada setiap masa.

Ketiga, tindak laku mereka itu juga boleh dikira sebagai mencabar kepimpinan parti. Mereka mungkin mengira, parti tidak akan berani melakukan apa-apa sebab mereka tu kebal dan pernah buat jasa kepada parti?

Hahaha.... persoalan itu sudah terjawab apabila pada hari ini parti UMNO telah membuat keputusan memberi mereka jalan keluar dengan cara yang mereka pilih iaitu "pemecatan"! Itulah hukuman yang tepat sekali untuk si pengecut taik kucing macam mereka.

Nah TS Muhyidin dan Mukriz, sudah jelas korang berdua melanggar disiplin parti dengan berkempen memburuk-burukkan parti dan kepimpinan parti yang korang anggotai tanpa rasa malu dan maruah. Terimalah pemecatan korang. Bagus korang masuklah mana-mana parti pembangkang yang korang ikut berkempen di atas pentas mereka. Jangan pura-pura lagi dan jangan malu-malu menghadam setiap perkataan dan perbuatan tidak bertanggungjawab korang yang begitu memalukan semasa berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar itu.

Bye bye pengkhianat! Tiada siapa yang memuji tindakan korang tu. Tiada siapa juga ahli parti yang akan mengikut korang. Memalukan saja!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana