Jahatnya Sikap Kerajaan Myamar Ni Kata Dah Tukar Kerajaan.....Penduduk Buddha Myanmar roboh masjid

BOGO, Myanmar 24 Jun – Seorang lelaki Islam di­serang oleh berpuluh-puluh penduduk kampung beragama Buddha ketika mereka merobohkan sebuah masjid, madrasah dan beberapa bangunan lain milik lelaki itu di wilayah Bogo, Myanmar.

Pihak berkuasa berkata, insiden tersebut berlaku di Kampung Tha Yel Tha Mein di bandar baharu Waw, kira-kira 210 kilo­meter ke tenggara Yangon, selepas tercetus pertengkaran di luar sebuah kedai berhubung sebuah sekolah agama yang dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Pemilik kedai tersebut Tin Win cedera ringan dan dibawa ke balai polis di bandar baharu Waw bersama keluarganya untuk melindungi keselamatan mereka,” kata seorang pegawai polis.
Pegawai polis itu berkata, situasi kini terkawal setelah pegawai-pegawai kanan kerajaan mengunjungi kawasan berkenaan.

Namun, tiada tangkapan dibuat, tambahnya.

Hampir 80 peratus penduduk Myanmar beragama Buddha dengan penduduk Islam hanya berjumlah empat peratus.

Myanmar kini dilanda keganasan dengan kebanyakannya membabitkan etnik Islam Rohingya, namun penduduk Islam lain di Myanmar turut berdepan keganasan daripada perusuh Buddha. – DPA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana