Hangat kisah Husni undur diri dari kabinet…

‘Apa cerita pasal Datuk Husni’ itulah yang nyata menjadi soalan hangat di kalangan ramai pihak selepas pengumuman rombakan kecil kabinet oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang Isnin.

Ini bila Perdana Menteri memberitahu Datuk Seri Husni Hanadzlah berhasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi.

Sebelum ini menang tidak ada sebarang desus desas berlegar mengenai kemungkinan Husni hendak bersara awal.

Maka tidak hairanlah isu mengenai beliau hangat menjadi komentar khususnya di laman facebook  selepas pengumuman itu.

Ada yang buat andaian mungkin ada yang tidak kena segala macam.

Juga ada yang cuba mengaitkan keputusan Husni itu dengan itu ini.

Ini ditambah pula bila Setiausaha Politik Husni kemudiannya memberitahu beliau juga letak jawatan sebagai Bendahari UMNO Malaysia,Bendahari Agung BN,Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Tambun di Ipoh.

Namun beliau masih kekal sebagai Ahli Parlimen Tambun.

Husni dikenali ahli politik yang tidak kontroversial,straightforward dan jenis yang tumpu pada kerja.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan Isnin malam memberi penjelasan - dipercayai untuk menangkis pelbagai spekulasi negatif mengenai keputusan Husni undur diri.

Beliau berkata Husni telah memilih untuk tidak dilantik semula dalam rombakan dan penyusunan semula kabinet yang diumumkan Perdana Menteri.

Katanya Husni tidak digugurkan, malah namanya turut tersenarai dalam barisan kabinet menteri yang baharu itu.

“Sehinggalah beliau sendiri yang menawarkan untuk tidak dilantik semula dan perdana menteri dengan berat hati terpaksa menerimanya.

“Segala keputusan berkait Husni dalam parti dan kerajaan adalah keputusan beliau sendiri, kita sudah tentu amat menyanjungi pendirian beliau dan khidmat beliau yang sangat cemerlang kepada parti dan kerajaan,” katanya.

Annuar berkata rombakan kabinet oleh Perdana Menteri adalah berasaskan pertimbangan yang mendalam dan mengambil kira semua faktor demi menjamin kerajaan pimpinannya dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang untuk rakyat dan negara.

Beliau berkata dalam rombakan kali ini, beberapa menteri kanan telah berpindah tempat demi memperkasakan lagi pentadbiran kerajaan dan tiada sesiapa yang digugurkan.

Katanya, penyusunan Kabinet juga adalah ‘prerogative’ Perdana Menteri yang dibuat selepas konsultasi dengan pemimpin-pemimpin kanan yang terlibat.

“Namun tidak semestinya penyusunan itu dapat memenuhi pilihan atau kehendak mana-mana individu,” kata Annuar.

Dalam pada itu seorang bekas pegawai khas kepada Husni di Kementerian Kewangan yakni Saiful Bahari Baharom menulis di laman facebooknya dibawah tajuk ‘TABEK HORMAT’.

Menurutnya Husni membuat keputusannya atas sebab peribadi untuk melepaskan tawaran Perdana Menteri untuk beralih dari Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan Datuk Seri Wahid Omar di Unit Perancang Ekonomi (EPU)

Katanya secara kebetulan beliau adalah orang pertama dimaklumkan mengenainya oleh Husni sendiri pagi Isnin ketika bertemu dengannya.

Menurut Saiful yang kini CEO di Labuan IBFC tidak boleh di nafikan bahawa portfolio baru di Jabatan Perdana Menteri jaga EPU  ini sememangnya di sandang oleh seorang yang bukan calang-calang kalibernya.


BERIKUT IALAH TULISANNYA:

Saya dulu bertugas hampir empat tahun bertugas sebagai Pegawai Khas dan kemudiannya Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada DS Husni Hanadzlah.
|
Setelah saya berhenti dari perkhidmatannya kerana mendapat tawaran untuk memegang jawatan CEO, Labuan IBFC, perhubungan saya dengan DSH beralih kepada pegawai dan menteri kepada seorang sahabat atau lebih tepat lagi, sebagai seorang anak didik Dato Seri.

Secara kebetulan, pagi tadi, saya adalah orang pertama di maklumkan oleh DSH sendiri, selepas DSH membuat keputusannya untuk melepaskan tawaran Perdana Menteri untuk beralih dari Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri, menggantikan DS Wahid Omar di Unit Perancang Ekonomi.

Tidak boleh di nafikan bahawa portfolio ini sememangnya di sandang oleh seorang yang bukan calang-calang kalibernya.

DSH mengambil keputusan tersebut di atas sebab-sebab peribadi.

Saya berasa sedih dan hampir mengeluarkan air mata semasa DSH memeluk saya sebagai tanda goodbye.

Sebelum beliau keluar melalui ambang pintu, saya lagi sekali memanggil, "Dato Seri". Beliau kalih dan saya memberi tunduk hormat - tunduk hormat kepada seorang yang banyak memberi tunjuk ajak dan didikan kepada saya.

Thank you for being my mentor, sir.

I will never forget you.

Ketika menjawab komentar beberapa rakan facebooknya,Saiful menolak dakwaannya kononnya Husni undur diri kerana tidak sebulu dengan Perdana Menteri.

"Tidak tepat .(Kalau tak sebulu) masakan ditawar menggantikan DS Wahid Omar di EPU,"katanya.

Dalam pada itu satu sumber yang layak dipercayai beritahu Agendadaily beliau tidak menolak kemungkinan Husni ingin bersara awal untuk tumpu perhatian pada keluarganya setelah bertahun-tahun sibuk dalam tugas dan politik.

Katanya sewaktu kebetulan bertemu Husni baru-baru ini bekas Menteri Kewangan Kedua itu ada memberitahu isterinya baru menjalani pembedahan yang serius.

Menurutnya Husni siapa tahu Husni ada sebab tersendiri melibatkan soal keluarga dalam membuat keputusan untuk undur diri dari kabinet.

"Jadi tidak wajar sesiapa buat spekulasi yang negatif tanpa usul periksa."katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana