Duit Raya FELDA Dikatakan Dedak, Yang Tak Dapat Buat Apa Merungut Marah

Sempena menjelang sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini, seramai 99,046 orang peneroka FELDA bakal menerima duit raya RM500 setiap seorang tahun ini. Ia lebih tinggi berbanding duit raya tahun 2015 yang berjumlah RM300 sahaja.

Pemberian duit raya itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada dua hari lepas semasa merasmikan program Ihya Rahmat Ramadan Warga Felda peringkat kebangsaan 2016 di Felda Chini Timur 3.

Ketika 99,046 peneroka bersyukur dengan tradisi pemberian duit raya ini, banyaklah bertebaranlah segala kata nista dari penyokong pembangkang yang bukannya peneroka FELDA menganggap duit raya itu sebagai dedak.

Tak kurang juga yang mencebik kata duit raya RM500 cuma lekat celah gigi sahaja. eh..eh.. angkuhnya, cuba kalau dia yang dapat RM500 itu mahunya meloncat seronok sakan.

Ada juga yang berkata itu semua politik wang, ‘cash is king’ dan ramai juga yang buat spekulasi pemberian duit raya itu tanda kerajaan nak memancing undi kerana PRU-14 dah nak dekat.

Yang sibuk kata dedak, politik wang, ‘cash is king’ dan spekulasi pasal PRU-14 itu semua jelas sekali tak mengikuti perkembangan FELDA yang sebenarnya sejak tahun 2003 lagi bermurah hati memberi wang raya kepada para peneroka.

Bezanya di tahun 2003 dulu, pemberian tersebut dipanggil sebagai wang ehsan dan nilainya ketika itu cuma RM200 untuk setiap peneroka. Untuk tahun 2004 sumbangan duit raya meningkat kepada RM300, dan tahun-tahun selepasnya meningkat sedikit lagi.

Wang ehsan ataupun duit raya ini membuktikan keprihatinan FELDA dan kerajaan yang memahami di saat menjelang Aidilfitri ramai peneroka yang kebanyakannya beragama Islam terbeban juga dalam pembelanjaan untuk menyambut hari raya.

Kalau kakitangan awam boleh dapat duit raya, jadi kenapa tidak para peneroka FELDA pun diberi imbuhan sama, apatah lagi bila FELDA sendiri ada kemampuan kewangan untuk melaksanakannya.

Jadinya, penyokong pembangkang tak perlu hiruk piruk memperlekehkah keprihatinan FELDA dan kerajaan dalam isu ini.

Daripada puak pembangkang sibuk mengata pada FELDA, baiklah sibuk-sibukkan diri persoalkan apa perkembangan nasib hampir 5,000 orang peserta Ladang Rakyat di Kelantan sana, agak-agak dapatkah mereka merasa duit raya seperti peneroka FELDA? 5,000 aja pun, takkan tak boleh bagi RM5,000 setiap seorang duit raya tahun ini, tak gitu?

Tapi dalam pada puak pembangkang termasuk dari PAS sibuk memperlekehkan pemberian duit raya, puak yang sama juga kecoh pertikaikan marah-marah kenapa baki 13,589 peneroka yang tidak bersama FELDA dinafikan sumbangan serupa.

Yang sibuk kata duit raya RM500 itu dedak, politik wang, duit itu sikit, cash is king dan macam-macam speklasi itu semua puak yang sama. Sekarang puak sama juga jilat semula ludah nak rasa duit raya yang dipanggil dedak dan macam-macam gelaran. Tak malu ke?

Hakikatnya 13,589 peneroka yang tak merasa duit raya tak berhak pun untuk merungut. Mereka sudah tak bersama FELDA lagi, ada antara mereka yang jual tanah kepada pihak lain tanpa kebenaran FELDA malah ada kalangan mereka ini pernah menyaman FELDA pun.

Tanggungjawab FELDA lebih utama kepada peneroka yang setia bersama FELDA, itu keutamaan hakiki. Jadi mereka yang berjumlah 99,046 orang peneroka ini lebih berhak menikmati duit raya sumbangan FELDA.

Apapun penulis percaya dikalangan 13,589 peneroka itu ada yang faham hakikat ini tak berbangkit pun kecil hati tak dapat duit raya. Kalau ada rezeki dapat mereka bersyukur, bila tiada, mereka tak kisah kerana sedar di mana keutamaan FELDA yang perlu didahulukan.

Yang kecoh lebih selalunya segelintir peneroka yang jenis tak sedar diri dan orang lain yang tiada kaitan dengan kehidupan peneroka serta pemimpin politik yang dalam setahun hanya sekali dua saja pijak ke penempatan peneroka FELDA. Itu hakikatnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana