Dia buat hal lagi...nak tanding calon Bebas di Kuala Kangsar pula

Dulu masa pemilihan UMNO 2013, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail sudah mencelah cuba tanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.Dia kalah teruk.

Ahli UMNO cawangan Pusat Bandar Cempaka,Bahagian Pandan,Selangor kini nak kacau daun pilihanraya kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar pula.

Menerusi facebook Selasa dia umum akan bertanding calon Bebas.

Ini katanya kerana kedua-dua calon BN Datin Mastura Yazid dan calon PAS Dr Najihatussalehah Ahmad bukan anak tempatan Kuala Kangsar.

Mastura berasal dari Negeri Sembilan manakala Dr Najihatussalehah dari Pasir Salak,Perak.

Syed Rosli yang berasal dari Kuala Kangsar dikenali sebagai ‘kaki bising’ dalam parti sebelum ini mencetuskan kemarahan ramai pihak bila mencerca Mastura di facebook dengan kata-kata yang tidak sewajarnya termasuk dakwanya gila kuasa.

Dia dianggap keterlaluan dan tidak pedulikan sensitiviti orang.

Apa lagi Mastura baru saja ditimpa tragedi kematian suami,Allahyarham bekas Ahli Parlimen Datuk wan Khairil Anuar yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei.

Dibawah peraturan UMNO mana-mana ahli yang bertanding calon Bebas dalam pilihanraya akan dipecat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana