"Bila Ada Gula, Banyak Semut Api Pun Sampai" - Kuan Chee Heng

 PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Kuan Chee Heng yang digelar sebagai 'Hero Malaya' dikalangan netizen selepas membantu ibu lapan anak baru-baru ini menyatakan kekesalan di atas tindakan segelintir pihak yang cuba mempolitikkan niat murninya itu.

Lebih memeranjatkan apabila tindakannya yang memindahkan barangan sumbangan orang ramai kepada keluarga ibu tunggal itu untuk diuruskan jemaah surau telah disalah ertikan.

"Niat saya cuma nak elak orang ambil kesempatan terhadap barangan yang disedekahkan kepada Puan Mareeya. Oleh itu saya pindahkan barang tersebut ke surau kerana yakin jemaah surau mampu menguruskannya dengan baik.

"Tapi tak sangka pula niat ikhlas kita dituduh yang bukan-bukan. Sedih tak apa, Tuhan maha memahami dan menghakimi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kuan yakin dakwaan tidak berasas itu sengaja ditimbulkan pihak yang tidak berpuas hati dengan usahanya untuk meringankan beban ibu tunggal tersebut.

"Bila ada gula, banyak semut api pun sampai. Saya kenal siapa anda. Sudah-sudahlah, hentikanlah cara berpolitik yang tidak sihat itu. Jadilah rakyat Malaysia yang peka kepada masalah orang lain," kata Kuan.

Terkilan dituduh mengambil barang sumbangan itu, Kuan berkata: "Saya sudah 14 tahun terlibat dalam kerja kemasyarakatan ini. Buat apa saya nak ambil barang yang disedekahkan orang ramai. Saya diberikan mata dan hati oleh Tuhan untuk berfikir.

"Memandangkan bantuan yang diterima begitu banyak, sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaga barang sumbangan tersebut agar tidak diseleweng pihak tertentu," katanya.

Menurut Kuan (gambar atas), barangan sumbangan tersebut bagaimanapun dihantar semula ke rumah keluarga sembilan beranak itu kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya anggap ia satu dugaan besar kepada diri saya yang ikhlas membantu sesama manusia. Benarlah kata pepatah, rambut sama hitam tapi hati lain-lain," katanya.

Meskipun kecewa dengan peristiwa itu, ia tidak mematahkan semangat Kuan untuk terus membantu insan yang amat memerlukan bantuan.

"Saya akan terus jadi penulis di Facebook, berkongsi kisah kemasyarakatan dengan pengikut saya. Terima kasih Tuhan kerana terus berikan saya kekuatan untuk lakukan kerja murni ini," katanya.

Diminta mengulas mengenai gelaran Hero Malaya yang diberikan kepadanya, Kuan berkata sesuatu gelaran itu tidak penting dalam hidupnya.

"Saya tak minta pun kepada anda nak gelar saya apa. Ada yang cakap saya taiko... uncle... apek g**** tapi saya terima kerana anda tak boleh nak tutup mulut orang," katanya.

Kuan berkata tindakannya memuat naik gambar bersama golongan yang dibantunya bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk demi meraih populariti tetapi mahu mengajak orang ramai supaya bersama-sama membantu meringankan beban mereka.

"Saya bukan mahu popular cuma kebetulan cerita itu menjadi viral kerana saya mempunyai pengikut Facebook yang ramai. Tolong jangan label saya sebagai hero, saya hanya mahu tolong semua orang atas dasar kemanusiaan," katanya.

Nama Kuan menjadi sebutan apabila gambarnya berbuka puasa bersama ibu lapan anak di Puncak Jalil menjadi viral.

Kuan, 52, berkata dia tergerak hati membantu keluarga berkenaan selepas dihubungi rakan Muslim yang menetap di kawasan berhampiran Puncak Jalil yang memaklumkan mengenai masalah yang dialami keluarga itu.

Gambar Kuan bersama wanita dan lapan anaknya itu mendapat lebih 23,000 'likes'.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana