Akhir Makan Diri Sendiri Ikut MADEY !!!!! Pemecatan 2M Bukti 40 Tahun Najib Dalam Politik Bukan Saja-Saja

DALAM sejarah politik UMNO, inilah rasanya kali pertama satu tindakan pemecatan peringkat tinggi parti itu berlaku tanpa sebarang bantahan dan rungutan – sekurang-kurangnya sejam pertama sejak keputusan dibuat.  Masing-masing tahu kenapa Muhyiddin dan Mukhriz dipecat, mempertikaikannya sama seperti menyoal betul ke Vincent Tan tu kroni Mahathir – apa punya bodoh soalan itu?

Ahli UMNO terutamanya tak perlu lagi bersoal jawab panjang panjang atau turun berdemo di jalan mencari jawapan kenapa Timbalan Presiden dan Ketua Bahagian yang mereka pilih pada 2013, dipecat.  Ia adalah kedua yang terlibat sendiri sendiri men’justify’kan kenapa keputusan pemecatan itu betul.  Sehingga di akhirnya kalau tak dipecat, UMNO pulak yang dilihat tidak wajar kerana masih menyimpan orang ini.

Pemilihan 24 Jun juga ibarat satu closure yang cantik.  Kalau salah satu dari dua ini memilih untuk memanjangkan konflik dalam UMNO dengan sengaja mengosongkan jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil diadakan, mereka tidak boleh lagi melakukan itu – kosong boleh tapi pilihanraya kecil takdelah sebab sudah genap 3 tahun sejak parlimen pertama kali bersidang pasca PRU13 (sekurang-kurangnya dalam kes Muhyiddin).

Ini bukan sebab boleh menang tak boleh menang tapi balah tu yang jadi panjang dan lebih parah kerana turut melibatkan parti-parti pembangkang (jika pilihanraya kecil diadakan).  Tak sebut lagi menyusahkan rakyat akibat kerusi yang dikosong secara sengaja.  Semua kebarangkalian ini dilenyapkan dengan pemecatan pada tarikh semalam.

Semua ini terhasil dari perancangan yang penuh strategik dan teliti oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Majlis Tertinggi UMNO.

Nak ikut emosi, dari hari pertama Muhyiddin dan Mukhriz bergerak bersama pembangkang menghentam peribadi beliau dan parti, dah boleh pecat dah.  Tapi apakah adil kepada ahli-ahli UMNO dan rakyat di kawasan yang diwakili kedua mereka untuk menanggung beban nya sekali?

Menunjukkan, dalam hal yang macam ini pun Najib masih memikirkan rakyat dan ahli-ahli UMNO.  Slogan rakyat diutamakan rupanya bukan sekadar satu kenyataan politik, ia memang menjadi panduan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO sejak mula dilantik pada 2009.

Apa pun, penulis ucap selamat maju jaya kepada Muhyiddn dan Mukhriz dalam apa jua jalan yang akan dipilih selepas ini.  Nak masuk pembangkang ke, nak tubuh parti baru ke, terpulanglah, dah takde kena mengena dengan kita lagi dah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana