Wan Azizah Tidak Muncul Sidang Media, Nurul Izzah Elak Jawab Soalan

Pemimpin PKR pusat terus kunci mulut enggan memberikan jawapan jelas mengenai isu konflik pertembungan kerusi parti itu dengan DAP dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke -11 yang sedang rancak kempen sekarang.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika ditanya soalan mengenai kontroversi membabitkan parti itu dengan DAP dan PAS sebaliknya meminta semua pihak fokus kepada PRN Sarawak dan sekadar memberikan jawapan selamat apabila diasak.

“Saya rasa dah cukup dah tak nak komen berkait dengan isu pencalonan, yang penting hari ini kita tumpu kepada kempen yang sedang berlangsung.

“Kalau itulah soalan yang ditanya, ia adalah perkara yang sama, kecuali ada soalan lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR dekat Petaling Jaya, Khamis.

Sidang akhbar itu sepatutnya diadakan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Namun beliau tidak muncul.Jemputan dihantar pada media menyebut beliau yang akan adakan sidang akhbar itu.

Terdahulu, DAP Sarawak menyatakan kekecewaan selepas rakannya di dalam Pakatan Harapan (PH) itu menolak tawaran untuk melepaskan Batu Kitang sekiranya PKR berhenti berkempen di lima kerusi lain dimana mereka bertembung.

Hal itu juga disuarakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan partinya seperti ‘ditipu’ oleh PKR dalam kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu.

Sebaliknya tegas Izzah, segala permasalahan yang berlaku itu akan diselesaikan selepas 7 Mei ini.

“Kempen sekarang sedang berjalan dengan ‘full swing’ jadi suka atau tidak, kita akan selesaikan isu lain selepas 7 Mei,” tambahnya.

Izzah turut menjelaskan yang PKR akan terus maju ke depan dan berkempen seperti biasa, meskipun kedua-dua parti berkenaan tidak mahu bertolak-ansur di kerusi Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong.

Izzah juga enggan menjawab apabila dua kali ditanya mengapa PKR mungkir janji dengan bertindak meletakkan calon di tempat yang ditandingi PAS.

Sekali gus, perjanjian PKR dan PAS sebelum ini untuk tidak meletakkan calon di mana-mana kawasan yang ditandingi salah satu parti pada PRN Sarawak ke-11 dilihat sekadar permainan politik PH menjahanamkan PAS.

Ini kerana PKR tetap meletakkan calon di tiga DUN iaitu di Kakus, Jepak dan Lambir sekali gus bersaing dengan PAS.

Izzah sebaliknya bertindak terus meninggalkan sidang media tersebut tanpa menjawab soalan itu.

Begitu juga soalan tentang siapa pemimpin yang memutuskan calon untuk bertanding di Sarawak kerana didakwa tugas tersebut diberi kepada Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pelbagai persoalan yang tidak dijawab Izzah, jelas menunjukkan bahawa wujud persaingan kuasa dalam PKR dengan Wan Azizah tiada fungi dan peranan sebagai Presiden PKR dan Ketua Pembangkang dalam PRN kali ini.

Hadir pada sidang media ini termasuklah Setiausaha Agung Rafizi Ramli, Tian Chua, Saifuddin Nasution, Zuraida Kamaruddin dan ramai lagi.

Ketidakhadiran Wan Azizah pada sidang media ini juga tidak dinyatakan sebab dan alasan.

Ada yang membuat andaian PKR sedang cuba menafikan peranan DAP sebagai abang long dalam PH manakala hubungan dengan PAS sekadar bertujuan menjamin kuasa parti itu terus menerajui Selangor – AD

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana