UMNO Jerlun Pun 'Naik Menyampah"MElihat Senario Puak Ini

Penulis baru-baru ini dihubungi oleh seorang pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Jerlun yang mengadu nasib mengenai keadaan majoriti ahli serta pemimpin bawahan di bahagian berkenaan. Namun penulis enggan terima keluhannya bulat-bulat.

Penulis hubungi pula beberapa lagi pemimpin akar umbi di sana bertanyakan khabar mengenai keadaan terkini politik di bahagian yang diketuai Dato’ Seri Mukhriz Mahathir itu. Namun, jawapannya boleh dikatakan sama seperti yang penulis terima sebelumnya.

Boleh dikatakan majoriti mereka mahu Mukhriz digantung dari jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerlun. Jika tidak dipecat pun, sekurang-kurangnya digantung dari jawatan tersebut. Bila di tanya ‘mengapa’, mereka jawab ‘susah nak buat kerja’.

Khabarnya, Mukhriz kini lebih sibuk memburuk-burukkan kepimpinan parti di sana sini. Jika tidak diperlekehkan Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, dia gemar menjejaskan imej Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan hujah berfakta dangkal.

Katanya Mukhriz kini jika bertemu dengan akar umbi UMNO di Jerlun pun, dia akan menghebahkan tentang ‘deklarasi’ bapanya dengan Lim Kit Siang. Siang malam, itu saja kerjanya. Hampir tiada langsung gerakan untuk memperkukuhkan parti.

Menurut rakan penulis di sana, pemimpin akar umbi Jerlun ‘cemburu’ melihat gerakan-gerakan yang mula dilancarkan oleh UMNO di bahagian masing-masing di mana mereka mula bertungkus-lumus, fokus dengan gerak kerja parti seperti daftar pemilih, keahlian, menjenamakan UMNO dan banyak lagi.

Namun menyedihkan, di UMNO Bahagian yang diketuai Mukhriz itu, bukan saja tiada gerakan seperti itu, malah sebaliknya lebih tertumpu pada gerakan memburuk-burukkan kepimpinan parti hingga ada yang terpengaruh.

Hendak melawan arus dan bertindak bertentangan dengan Ketua UMNO Bahagian, mereka risau pula dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak tertentu. Hasilnya, mereka hanya mampu ‘gigit jari’ dan ‘berputih mata’? Apatah lagi untuk mengusul supaya Mukhriz digantung atau dipecat, mereka khuatir jadi ‘nahas’ nanti…

Jika benarlah bagai dikata beberapa pemimpin akar umbi dari UMNO Bahagian Jerlun itu, maka secara peribadi, penulis simpati dengan apa yang berlaku pada pejuang-pejuang UMNO tulen di sana. Mereka bagaikan ‘diluah mati ibu, ditelan mati bapa’.

Namun begitu, apa yang penulis dapat sarankan ialah supaya mereka terus bersabar. Mungkin mereka boleh bertemu dengan Timbalan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bahagian yang masih lagi boleh diharap untuk menggerakkan parti.

Apatah lagi dua pemimpin tertinggi UMNO Bahagian Jerlun itu seolah sudah ‘dibuang’ Mukhriz dari ‘kamus politik’nya, maka mungkin kedua mereka boleh membantu dan menganjurkan aktiviti parti yang lebih menyeluruh.

Tentang Mukhriz, biarlah masa dan keadaan yang menentukan. Khabarnya dia sudah menubuhkan ‘team B’ bersama bapanya, Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Seri Shafie Apdal. Biarlah mereka ‘syok sendiri’, kerana ‘warna sebenar’ mereka lebih terserlah kini…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana