UMNO jadi mangsa ‘perang’ PAS-Amanah…

Punching bag ialah alat yang diguna untuk hentam dalam latihan tinju.PAS dan parti geng Mat Sabu,Amanah atau PAN memang sedang galak ‘bertinju’ pengaruh dicelah kehangatan menjelang pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

UMNO tidak ada kena mengena dengan krisis kedua pihak hingga mereka bercerai selepas Muktamar PAS yang lalu hingga membawa penubuhan parti serpihan Parti Amanah Negara (PAN) oleh puak yang kalah.

Namun kini UMNO menjadi punching bag kedua pihak dalam perang untuk tunjuk siapa yang lebih layak bertanding di dua pilihanraya kecil itu.

PAS memang sudah set nak bertanding tak kira apa keadaan sekalipun.Manakala Amanah sedang bertegang urat dengan PKR untuk mewakili Pakatan Harapan di Sungai Besar.

PAS dan Amanah ambil jalan mudah.Masing-masing jadikan UMNO sebagai kambing hitam untuk tibai satu sama lain.

PAS kata jika Amanah masuk bertanding juga ia akan menyelamatkan UMNO.

Lihat tajuk besar akhbar Harakah seperti gambar diatas.

Amanah juga guna alasan sama.Dakwanya jika PAS berdegil tidak mahu terima formula Pakatan Harapan dan tetap bertanding serentak dua kerusi maka ia akan menguntungkan UMNO.

Ini kerana undi dikatakan akan pecah jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Alasan memang senang dicipta.Soalnya apa kena mengena UMNO atau BN dengan pertikaian mereka.

UMNO cuma akan mewakili BN bertanding di dua kerusi itu atas kesepakatan tanpa sebarang kontroversi dalam gabungan itu.

Sebaliknya di kem pembangkang isu siapa bertanding masih belum settle.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana