Udah udah Lah Madey.....'BN Hancur Jika Najib Tidak Digugurkan' – Tun M

KUALA LUMPUR: “Kalau dia (Najib) tak digugurkan sekarang, saya yakin (BN) akan hancur dalam PRU14. Najib akan kalah, BN akan kalah dan Umno akan Kalah. Apa jadi lepas itu, sama-samalah kita lihat.

“Tapi kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, mungkin parti yang terbesar dalam Dewan dapat memilih pemimpin baru yang tidak mengulangi apa yang dilakukan Najib,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berikutan itu, Tun Mahathir sekali lagi menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak perlu melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMN0 kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, kegagalan Najib dalam menyelesaikan beberapa isu besar termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kehilangan wang berbilion ringgit antara faktor mengapa Najib perlu meletak jawatan.

Sinar Harian melaporkan bahawa Tun Mahathir berkata demikian ketika berucap di program Selamatkan Malaysia (Team B UMNO) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Kedah, malam semalam.

Tambah Tun Mahathir lagi, UMNO yang telah banyak berjasa di negara ini dilihat kini sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

“Kenapa saya tinggalkan UMNO? Kata pepatah Melayu kalau sayangkan anak, tangan-tangankan, sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Tapi saya juga tinggalkan UMNO kerana sayang.

“Saya melihat UMNO hari ini bergerak hanya untuk mempertahankan presidennya walaupun membuat benda yang salah. Mereka membisu kerana mungkin sudah disuap dedak ke dalam mulut mereka,” katanya.

Kata Tun Mahathir lagi, UMNO pada ketika ini hanya menyokong presiden parti yang juga perdana menteri dan disebabkan itu, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari parti orang Melayu itu.

“Melihat keadaan ini bahawa UMNO tidak lagi memperjuangkan bangsa kita, saya tidak dapat lagi kekal dalam UMNO. Sebab itu saya keluar UMNO. Kita dapati UMNO seolah-olah bisu dan tak boleh bercakap, bahkah dengar pun tak boleh.

“Dia percaya dengan duit boleh buat apa saja dan rakyat akan sokong kalau dia bagi duit. Sebab itu kita lihat dia ada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 setahun. Mungkin bagi sesetengah orang RM500 itu besar, tapi kebanyakan yang terima lebih RM500,”luah beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana