Tinggalkan Amanah sertai DAP...Berbangga Sangat kah sertai DAP tu

GEORGETOWN - DAP Pulau Pinang menerima tujuh ahli Melayu baharu terdiri daripada anak jati negeri ini semalam.

Mereka ialah Mejar (B) Zaidi Ahmad (Kepala Batas); Abdul Wahab Long (Kubang Semang); Syed Sulaiman PS Shaik Abdul Kadir (Datuk Keramat); Mohd Sophian Mohd Zain (Jalan P Ramlee); Azizan Salleh (Sungai Ara), Nor Syazwani Md Amin (Jalan P Ramlee) dan Mohd Izral Suhaimi (Balik Pulau).

Seorang ahli muda berusia 20-an, Derek Tan Kean Theng dari Bayan Lepas turut umumkan kemasukan dalam DAP.

Dalam sidang media di Wisma DAP negeri, Zaidi yang juga bekas ahli Parti Amanah Negara berkata ketelusan parti itu tadbir negeri menarik minatnya.

Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri itu berkata, dengan keprihatinan DAP terhadap agama Islam, hatinya tertarik untuk menyertai parti yang sering ditohmah sebagai rasis.

“Jika kita lihat rekod pentadbiran DAP di negeri ini, jelas ia amat baik. Dengan mengamalkan prinsip CAT (cekap, akauntabiliti dan telus), Pulau Pinang adalah negeri paling sikit berhutang dengan kerajaan pusat.

“Pemimpin DAP juga tidak memilih agama untuk berkhidmat, ini saya nampak sendiri. Saya mengatakan ini bukan kerana mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri tetapi ini fakta,” katanya.

Beliau berkata, tohmahan kononnya DAP sebuah parti anti Islam sama sekali tidak benar dan terbukti apabila kerajaan negeri memberi tanah untuk bina bangunan mahkamah syariah yang baharu.

Ditanya status keahliannya dalam Amanah, Zaidi berkata, setiap rakyat mempunyai hak untuk memilih parti sendiri.

“Kemasukan saya ke DAP hari ini (semalam) membuatkan keahlian secara automatik terbatal. Saya pilih DAP kerana merasa lebih sesuai dengan DAP berbanding Amanah.

Sementara itu, Azizan yang juga pesara tentera berkata, hatinya terbuka untuk sertai DAP kerana pemimpinnya ikhlas bantu rakyat.

Menurutnya, tindakannya dibuat dengan rela hati tanpa paksaan mana-mana pihak.

“Saya dari dahulu perhati setiap parti politik yang ada di negara ini. Saya tertarik dengan DAP kerana pemimpinnya kuat bekerja. Wakil rakyatnya bersungguh-sungguh menyatukan rakyat, mereka langsung tidak berminat untuk menjadi kaya.

Pegawai Khas dan Penyelaras Agenda Ekonomi Saksama Pulau Pinang, Abdul Wahab berkata, kemasukan mereka sebagai ahli Melayu DAP, persepsi DAP parti rasis tidak lagi relevan.

“Kita sering diberi persepsi buruk tentang DAP khususnya isu rasis dan anti Islam. Kita masuk DAP bukan untuk memusuhi agama Islam dan bukan nak masuk agama lain. Apa yang penting adalah perjuangan parti. Sejak memegang jawatan dalam kerajaan negeri, banyak bukti menunjukkan DAP mempunyai integriti yang tinggi.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow berkata, kemasukan ahli Melayu dapat menambahkan kekuatan DAP di setiap kawasan terutama luar bandar dan separa bandar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana