Tercatat Sejarah, DAP, Bukan UMNO Yg Bantah Hudud Di Parlimen!!

POLEMIK hukum hudud di Malaysia sebenarnya bermula sejak 1993 bila rang undang-undang Hudud dibentang dan diluluskan PAS buat pertama kali di DUN Kelantan – buatnya tak juga.  Sejak dari itu, hudud jadi bahan kempen utama dalam pilihanraya, terutama di Kelantan – buatnya tak juga.

Menang PAS di Terengganu tahun 1999, cerita hudud ini masuk fasa baru sebab dulu hanya 1, sekarang sudah dua negeri tapi tetap sama, sehingga PAS kalah di Terengganu tahun 2004 BUATNYA TAK JUGA.

Sepanjang tempoh itu, UMNO sering disalahkan kenapa Hudud ini tak berjalan.  Perlembagaanlah yang salah itu lah yang salah, yang tak salah hanya PAS saja sekalipun yang bentang dia, yang lulus dia, yang perintah (Kelantan dan Terengganu) pun dia.  Kejap murtad kejap tidak orang UMNO dituduh PAS dalam isu hudud ni saja.

Baru saja tahun lepas (rujuk gambar atas) anak Hadi dakwa UMNO (bukan DAP) jadi halangan untuk PAS laksanakan hudud.

Tapi…kini…

Setelah sekian lama, sehingga akhirnya bila usul hudud berjaya dibawa ke parlimen semalam, rupanya bukan UMNO pun yang membantah tapi bekas sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP dan kuncu-kuncunya dari PKR dan PAN.  Puak-puak ini pulak, bukan kita pun.  Malah Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam dilihat mempertahankan pulak hudud ni.

Jadi bodoh sajalah penyokong PAS ni berpuluh tahun (1993-2006) bila tuduh UMNO yang halang hudud. Walhal bukan UMNO tapi ia adalah bekas sekutu PAS, termasuk bekas pemimpinnya sendiri yang masuk PAN.  Mereka ini sebenarnya yang terang menolak hudud, dan apa yang berlaku di Parlimen semalam adalah buktinya.

Gamaknya yang tertangguh tangguh nak masuk parlimen pun tak boleh tu adalah kerana halangan dari bekas pemimpin PAS yang hari ini masuk PAN – orang macam Mat Sabu dan lain-lain itulah.

Apa sekalipun, majoriti orang UMNO yang dikutuk, dimurtad oleh PAS dalam isu hudud ini saja sejak dulu, masih hidup.  Belum terlambat untuk minta maaf.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana