Syabas Dan Terbaik....Kira-kira 100 Ditahan Kerana Sabotaj myIMMs - Ahmad Zahid

PUTRAJAYA: Polis menahan kira-kira 100 individu termasuk pegawai Jabatan Imigresen kerana mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pegawai berkenaan ditahan bersama ahli sindiket susulan siasatan dan pemantauan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu.

Difahamkan, majoriti pegawai Imigresen yang itu ditahan adalah berpangkat rendah yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

"Pegawai terlibat bekerja dengan sindiket berkenaan untuk mendapatkan habuan. Tidak ada yang akan dilindungi jika terbukti melakukan kesalahan," katanya pada Khamis sambil menambah tindakan akan diambil terhadap semua terlibat.

Laporan Ketua Audit Negara 2015 mendedahkan myIMMS yang dibangunkan untuk menyokong operasi Jabatan Imigresen didapati gagal berfungsi.

Kemudahan biometrik bernilai RM10.3 juta untuk myIMMS bagi tujuan saringan dan identiti warga asing juga rakyat Malaysia yang sepatutnya dipasang di semua pintu masuk negara juga tidak dipasang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana