Sumpah Ratu Naga tak nafi pendedahan Azharuddin - Chegubard

SHAH ALAM: Individu yang bertanggungjawab membongkarkan salah laku dalam Deklarasi Rakyat, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menempelak tindakan wanita bergelar 'Ratu Naga' yang bertindak bersumpah dengan Al-Quran bahawa beliau tidak mengenali Azharuddin Othman semalam.

Jelas pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, tindakan Ema atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah tidak dapat menafikan dakwaan Azharuddin yang terlibat dalam memalsukan tandatangan rakyat untuk projek Deklarasi Rakyat.

"Perbuatan mempergunakan kitab suci Al-Quran lebih lagi dalam tidak menutup aurat dan tidak pasti keadaan wudhunya ini dilihat menghina Al-Quran, Islam dan mentaliti rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azharuddin yang bekerja sebagai pengaturcaraan komputer bebas secara sambilan pada Khamis mendedahkan, beliau dihubungi seseorang yang dikenali sebagai Ratu Naga menawarkan khidmat untuk membeli pengkalan data (database) rakyat Malaysia bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan.

Malah dalam sidang media yang sama Azharuddin berkata gerakan itu hanya memperoleh 300,000 tandatangan dan baki 900,000 tantadatangan lain adalah palsu darinya dengan bayaran RM5,000.

Ujar Chegubard lagi, beliau yakin pemimpin pembangkang juga tertipu dengan permainan Tun Dr Mahathir Mohamad ini.

"Pendedahan Azharuddin terhadap apa yang berlaku cukup memalukan saya bersimpati kepada semua kerana telah ditipu oleh pasukan Mahathir. Saya yakin watak seperti Datuk Ambiga, Mohammad Sabu dan beberapa nama lain tidak mengetahui perkara ini tetapi telah tertipu," katanya.

Merujuk kenyataan itu, Chegubard sekali lagi menasihatkan gabungan pembangkang supaya menjauhkan diri mereka daripada bekas Perdana Menteri itu setelah apa yang dilakukan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar.

"Belum apa pun lagi rakyat ditipu, tandatangan dipalsukan malah mereka sanggup ke Istana dengan tandatangan palsu dan bukan pelik kerana menghina Istana, ini bukanlah sekali dilakukan oleh (Tun) Mahathir.

"Nasihat saya pada semua nama besar aktivis dan pembangkang. Jauhi diri daripada (Tun) Mahathir dan orang-orangnya," kata Chegubard.

Anwar sebelum ini mengutuskan surat menggesa pemimpin PKR supaya berhati-hati dengan Mahathir dan penyertaan pemimpin parti daripada kedua-dua bahagian politik dalam mendesak perletakan jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi Deklarasi Rakyat.

Malah bekas Ketua Pembangkang itu turut nasihat kepada kepimpinan PKR agar memfokuskan kepada agenda rakyat dan tidak mengutamakan misi Mahathir untuk menjatuhkan Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana