Silap besar... Red bean army dihalau dari majlis BN

Empat lalaki dan tiga perempuan penulis blog upahan pembangkang dihalau dari sebuah majlis anjuran Barisan Nasional (BN) selepas mengganggu ceramah sedang berlangsung di Long Pillah Baram, sekitar jam 3 petang Rabu.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohd Asfia merupakan penceramah utama bagi kempen calon BN di Telang Usan, Dennis Ngau, sedang berucap ketika seorang daripada blogger berkenaan melaungkan ayat anti GST!

Asfia yang tersentak dengan tindakan tersebut memanggil lelaki berkenaan ke hadapan, lalu bertanya siapakah dia dan dari mana dia datang.

Kumpulan berkenaan yang mendakwa mereka penulis blog, kemudian menjawab Asfia, memberitahu bahawa dia datang dari Kuala Lumpur, namun tidak memperkenalkan nama diri.

Berikutan itu, Asfia kemudian mengarahkan beliau keluar dari rumah panjang berkenaan di mana majlis ceramah politik BN anjuran Pergerakan Wanita PBB Telang Usan yang diadakan di Long Pillah.

Sebelum keluar, lelaki terbabit sempat berteriak: “I am a Malaysian (Saya rakyat Malaysia)” sebanyak tiga kali, sebelum beberapa anggota RELA mengiringi beliau keluar dari situ, diikuti oleh enam rakannya yang lain.

BorneoPost melaporkan kumpulan penulis blog berkenaan dipercayai orang-orang ‘tentera kacang merah’ DAP yang bayar khusus untuk melakukan kempen menerusi ‘perang siber’ dan mereka datang ke sini menggunakan jalan darat dari Miri yang mengambil masa selama tiga jam serta tiba hampir di sini sama waktu dengan rombongan Asfia, yang menaiki pesawat helikopter, juga dari Miri.

Asfia yang terus bersikap tenang pula, meneruskan ceramahnya sambil mendedahkan kepada penduduk Long Pillah, bahawa ia adalah budaya sebenar politik dari seberang sana (Semenanjung Malaysia).

“Politik dari sebelah sana tidak sesuai dengan budaya kita di sini dan mereka tidak tahu mengenai budaya serta adat resam kita dan cara kita berkempen.

“Justeru, kita tidak mahu terima golongan yang bersikap begitu (agresif),” tambahnya lagi, sambil berharap penduduk di Long Pillah akan beralih arah kali ini dan memberikan sokongan padu kepada Dennis bagi memastikan kemenangan BN dan pembangunan diteruskan di Baram.

Menurut Asfia, sebagai seorang Speaker DUN yang sudah bertugas selama 16 tahun, beliau amat arif dengan wakil-wakil rakyat negeri ini dan kenal siapa yang bekerja dan mereka yang tidak bekerja.

“Saya amat kenal dengan wakil rakyat mana yang kerja dan siapa yang tidak bekerja. Dennis adalah salah seorang daripada mereka bekerja keras dan amat komited kepada tugasnya.

“Malah prestasi kerja beliau ialah ‘A’,” katanya lagi sambil merujuk kepada kecemerlangan Dennis sepanjang berkhidmat sebagai wakil rakyat di Telang Usan.

Sementara itu Long Pillah merupakan salah sebuah kawasan hitam atau kubu kuat pembangkang di Baram, yang terus digempur oleh jentera BN sepanjang kempen pilihan raya.

Long Pillah dihuni oleh majoriti kaum Kayan dan Kenyah serta di bawah kerusi Telang Usan, menyaksikan pertandingan sengit satu lawan satu di antara Dennis, menentang calon PKR, Roland Engan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana