Sidang DUN P.Pinang akan ‘panas’ pertikai ketelusan kerajaan DAP

Panas itulah yang dapat digambarkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang bakal bermula 10 Mei ini.

Sudah pasti ia membabitkan pelbagai isu yang timbul terutama membabitkan Ketua Menterinya Lim Guan Eng.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pada setiap sesi sidang DUN sebelum ini, kerajaan negeri diterajui DAP itu sering membangkitkan mengenai ketelusan, kecekapan serta akauntabiliti dalam tadbir urus negeri.

“Tetapi isu yang timbul kebelakangan ini menampakkan apa yang mereka ceritakan dalam DUN sebelum ini adalah satu sandiwara atau wayang semata-mata.

Pada sidang dewan kali ini mereka (kerajaan negeri) akan hadapi kesukaran untuk melindungi pembohongan yang mereka hidangkan kepada rakyat Pulau Pinang sejak bertahun-tahun,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival Sukan UMNO Malaysia peringkat negeri di Bukit Mertajam, Ahad.

Beliau berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) juga telah bersiap sedia dengan fakta serta ulasan tentang pelbagai isu untuk dibahaskan nanti.

“Kita sudah buat pelbagai sesi taklimat, carian fakta dan mengkaji beberapa perkara secara mendalam dengan pertolongan pelbagai pihak, agensi serta pertubuhan yang memberi input supaya kita siap sedia dalam DUN,” katanya.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri juga harus bersedia dengan jawapan yang berlandaskan fakta kerana rakyat sudah lama menunggu penjelasan daripada mereka berhubung pelbagai isu.

Baru-baru ini kerajaan negeri menghadapi pelbagai isu antaranya penjualan tapak tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis dan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn,Gerogetown.

Isu Taman Manggis dan pembelian banglo dengan harga RM2.8 juta itu hangat diperkatakan selepas Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya di Dewan Rakyat Mac lepas dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.

Selain itu katanya, ancaman terhadap alam sekitar seperti cadangan tambakan laut, penggondolan bukit dan perkara berkaitan sosioekonomi akan turut dibangkitkan terutama mengenai penyediaan rumah mampu milik untuk rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana