Rasuah seks: Presiden PKR tentukan mahu buat atau tidak laporan pada pihak berkuasa

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menentukan sama ada laporan melibatkan habuan seks untuk berurusan dengan kerajaan Negeri Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa ataupun tidak untuk siasatan lanjut, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Rafizi yang mendedahkan perkata tersebut berkata, satu aduan dan dokumen sokongan akan diserahkan kepada Wan Azizah semasa mesyuarat biro politik PKR yang akan diadakan pada Selasa.

"Saya akan memberikan kepada beliau (Wan Azizah) yang pertama dan jika dia meminta saya untuk membuat laporan, saya akan (lakukannya).

"Saya akan serahkannya esok kepada Presiden," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen.

Rafizi sebelum ini menegaskan bahawa dia masih mengumpul bukti mengenai dakwaan rasuah.

Terdahulu, mesej yang bocor daripada kumpulan tertutup yang terdiri daripada ahli-ahli PKR dan penyokong Reformasi, mengancam untuk mendedahkan dakwaan bahawa wujud permintaan wanita dan wang dalam urusan kerajaan negeri.

Rafizi menjelaskan, beliau telah didatangi beberapa individu sebelum ini yang melahirkan kebimbangan mereka mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam kenyataan balas ekoran dakwaan Rafizi mendakwa bahawa tuduhan tersebut adalah merupakan satu tuduhan yang jijik dan kempen fitnah terancang.

Sejak mesej Whatsapp itu bocor, Rafizi telah dicabar oleh pelbagai pihak termasuk rakan-rakan beliau daripada Pakatan Harapan dan ahli pembangkang negeri, untuk membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana