Rasuah seks: Apakah ini satu lagi tuduhan palsu PKR...?

Bukan sekali, bukan dua kali... sebaliknya sudah berkali-kali PKR menuduh musuh politik mereka terlibat dengan rasuah.

Namun apabila diminta untuk membuktikan... selalunya gagal.

Sebab itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mel;ihat dakwaan PKR mengenai perbuatan rasuah dalam kerajaan Selangor hanya suatu ‘auta’ oleh orang yang tiada kerja lain untuk dilakukan.

Beliau berkata, tidak sampai dua tahun, tuduhan mengenai rasuah baharu pula disuarakan setiausaha agung baharu PKR Rafizi Ramli terhadap kerajaan Selangor atau pemimpin dalam kerajaan negeri itu.

“Kita tengoklah nanti sama ada kali ini terdapat sebarang bukti dan sama ada bukti itu akhirnya membawa kepada pemimpin tertentu ditangkap dan dihantar ke penjara.

“Jika tidak, maka ini hanyalah satu lagi dakwaan palsu yang dibuat PKR dalam tempoh hampir 20 tahun terhadap musuh politiknya dan terhadap pemimpin sendiri yang ingin disingkirkannya.

“Kini sudah sampai ke satu peringkat iaitu sekiranya PKR atau mana-mana pemimpinnya membuat tuduhan rasuah terhadap seseorang, maka secara lebih kurang bolehlah kita ketepikan saja tuduhan itu kerana ia hanyalah satu lagi daripada sekian banyak auta yang dibuat oleh mereka yang tidak ada kerja lain yang lebih bermanfaat untuk mereka lakukan,” kata Salleh dalam catatan melalui blognya hari ini.

Untuk rekod, PKR sebelum ini turut mendakwa bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlibat dengan rasuah dalam usaha untuk menyingkirkannya, sebelum meminta maaf selepas Khalid membawa kes tersebut ke mahkamah.

Salleh berkata tuduhan begitu heboh dalam PKR, termasuk tindakan bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Noor mencabar bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan enam kotak dokumen yang didakwa berisi bukti amalan rasuah oleh pegawai tinggi kerajaan seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 18 Ogos 2008.

Menurutnya, pada 1998, Anwar mengumumkan beliau mempunyai enam kotak bukti mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan Tun Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana