Rahman tibai Guan Eng... tiada kerajaan lulus projek hanya dengan sepucuk surat

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didakwa cuba bermain politik dan tidak ikhlas apabila membuat permohonan dengan hanya mengutus sepucuk surat tanpa dokumen sokongan kepada menteri kerja raya bagi pembinaan jambatan ketiga Pulau Pinang.

Pengarah Strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jika di Pulau Pinang permohonan untuk membesarkan rumah atau menyewa gerai dari kerajaan negeri juga memerlukan dokumen sokongan.

“Apatah lagi jika projek ini melibatkan pembinaan infrastruktur dengan anggaran bernilai jutaan ringgit.

“Ia sudah pasti akan memberi implikasi besar terhadap aliran trafik di keseluruhan sistem lebuh raya kita dan pelan pembangunan jangka panjang untuk kawasan yang terlibat,” katanya.

Rahman berkata, tidak ada kerajaan di dunia ini yang akan meluluskan permohonan projek dengan hanya bersandarkan sepucuk surat tanpa dokumen sokongan, kajian yang mendalam dan perbincangan yang khusus.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan kerajaan persekutuan tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membina jambatan ketiga.

Bagaimanapun, Fadillah berkata permohonan bagi jambatan ketiga Pulau Pinang itu akan dinilai berdasarkan merit, kos jangka panjang dan faedah kepada rakyat, sama seperti mana-mana permohonan atau cadangan bagi projek pembinaan.

Semalam, Guan Eng merayu kerajaan persekutuan meluluskan permohonan negeri itu untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Persiaran Gurney di bahagian pulau dan Bagan Ajam di tanah besar walaupun surat permohonan kelulusan belum dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya.

Guan Eng berkata kerajaan DAP Pulau Pinang akan mengemukakan pelan dan maklumat lanjut berhubung cadangan pembinaan jambatan itu selepas kelulusan diberikan kerajaan persekutuan.

Setiausaha agung DAP itu pernah memberi alasan, kerajaan Pulau Pinang akan terpaksa membina terowong bawah laut kononnya kerana kerajaan persekutuan menolak permohonan untuk membina jambatan ketiga di negeri berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana