Rafizi Serah Bukti 'Rasuah Seks' Dalam Pentadbiran Selangor

SETIAUSAHA Agung PKR Rafizi Ramli akan mengemukakan bukti berhubung dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat PKR Hari ini.

Rafizi berkata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
“Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.
Baru-baru ini, beberapa portal berita melaporkan kononnya terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Laporan itu dibuat berikutan pendedahan perbualan aplikasi WhatsApp Rafizi yang didakwa mendedahkan wujud permintaan “untuk mendapatkan wanita” sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana